Bandar Seri Putra: Tak kenal maka tak cinta

in Bisnes by


MERUPAKAN sebuah kawasan perbandaran yang telah membangun, Bandar Seri Putra yang terletak di Bangi menjadi antara perbandaran ideal dan lokasi pilihan orang ramai khususnya Melayu Elit membeli rumah dan mendiami di kawasan ini.


Keberadaan akses lebuh raya utama yang menghubungkan antara Nilai, KLIA, Putrajaya dan Cyberjaya malah kawasan Lembah Klang dan Kuala Lumpur melonjakkan lagi nilai tambah pilihan kepada orang ramai untuk memiliki rumah di Bandar Seri Putra.


Menyedari permintaan positif terhadap kediaman di perbandaran ini, Bangi Heights Development Sdn Bhd sebuah syarikat subsidiari pemaju terkemuka dan dipercayai, UMLand Berhad, mengorak langkah membangunkan Apartmen Putra 1, dengan kawasan pembangunan seluas 3.6 hektar di atas tanah pegangan bebas.


Ketua subsidiari Bangi Heights Development, Hadyan Ibrahim berkata, Apartmen Putra 1 dijual pada harga bermula RM351,000 memiliki enam blok dengan keseluruhan unit sebanyak 505 dan keluasan antara 854 sehingga 1,224 kaki persegi.


“Sejak dilancarkan pada Disember 2013, blok 2 dan 6 telah habis dijual diikuti blok 1 pada April 2014, blok 3 pada Jun 2014, blok 5 pada Ogos 2015. Kini, hanya tinggal blok 4 yang berbaki 78 unit dan jualannya sedang dibuka kini.


“Apartmen Putra 1 dibina dengan kemudahan kondominium yang menawarkan suasana keharmonian, kedamaian dan ketenangan. Selain itu, pembeli boleh mengakses bank, kedai, sekolah, klinik, balai polis dan kemudahan sosial yang lain di Bandar Seri Putra.


“Selain itu, Bandar Seri Putra berdekatan dengan Bandar Baru Bangi, Nilai dan Cyberjaya di mana universiti, pusat perniagaan dan komersil bertumpu.


“Malah, akses untuk ke Putrajaya dan KLIA amat mudah dengan melalui Lebuhraya KL-Seremban menerusi Persimpangan Putra Mahkota”, katanya ketika ditemui di Pejabat Urusan Bangi Heights Development, Bangi baru-baru ini.


Jelasnya, perbandaran yang lengkap ini telah dibangunkan sejak 1997 oleh Bangi Heights Development. Bandar Seri Putra terletak di atas kawasan seluas 359.2 hektar.


“Kini kawasan ini sudah memiliki penduduk lebih 26,000 selepas hampir 85 peratus dibangunkan dengan jumlah penyerahan rumah setakat tahun ini 4,822 termasuk bangunan komersil.” katanya.


Tambahnya, perbandaran terancang serta kedudukannya yang strategik pada kedudukan paling selatan di Negeri Selangor ini telah menggamit puluhan ribu penduduk menjadikan Bandar Seri Putra sebagai kediaman paling ideal.


Apartmen dengan kemudahan kondominium


 Hadyan memberitahu, Apartmen Putra 1 menawarkan pelbagai kemudahan yang dibangunkan di atas halaman taman berkeluasan 1.2 hektar yang dilengkapi kemudahan kondo antaranya sistem keselamatan, gimnasium, taman permainan, taman landskap, sauna, gelanggang bola keranjang, surau, dek berehat, kolam refleksologi, kawasan bersantai, kawasan BBQ, dewan serba guna, dobi, kedai dan banyak lagi.


“Selain itu, kemudahan tiga buah kolam renang turut disediakan untuk kanak-kanak, dewasa dan sebuah kolam renang berkonsep pantai. Setiap unit turut diberikan dua unit parkir kereta berbumbung. Setiap unit juga dilengkapi sistem rumah pintar dan memiliki kemudahan lain antaranya broadband dan, TV satelit,” katanya.


Tambahnya, pembeli Apartmen Putra 1 terdiri dalam kalangan pasangan muda dengan jumlah keluarga yang kecil dan pendapatan seisi keluarga bermula RM5,500.


“Saya boleh katakan, pembeli Apartmen Putra 1 adalah 90 peratus dalam kalangan Bumiputera,” katanya.


Jelasnya, pembeli boleh mendiami Apartmen Putra 1 sebaik selesai urusan jual beli kerana semua unit telah sedia untuk diduduki.


“Caj api, air dan cukai pintu juga boleh dikatakan murah kerana title Apartmen Putra 1 adalah bertaraf kediaman, bukan komersial seperti kebanyakan apartmen di sekitarnya,” katanya.


 Sebayu Hill Villas tawar panorama mendamaikan


 Dalam perkembangan lain Hadyan memberitahu, Bangi Heights Development kini juga sedang memfokuskan pembangunan perumahan banglo, Sebayu Hill Villas.


“Sebayu Hill Villas dibangunkan di kawasan paling tinggi di Bandar Seri Putra sekali gus menawarkan pemandangan mendamaikan, menenangkan dengan panorama atas bukit yang menenteramkan.


“Projek Fasa 1 dijangka dilancarkan menjelang Oktober 2018. Pada ketika ini, 17 unit termasuk dua unit rumah contoh hampir siap dibina,” katanya.


Tambahnya, Sebayu Hill Villas menyasarkan pembeli dalam kalangan profesional berusia 35 tahun ke atas dengan pendapatan seisi keluarga RM25,000 sebulan.


“Kediaman banglo ini dilengkapi sistem rumah pintar, rainwater harvesting system, kawalan keselamatan dan lain-lain kemudahan lagi.


“Namun, apa yang lebih menarik, lebih separuh daripada unit cadangan dalam Fasa 1, kami turut menawarkan keluasan tanah di antara 13 ribu hingga 19 ribu kaki persegi manakala pemaju lain cuma menawarkan keluasan tanah lebih kecil di antara 6,000 hingga 10,000 kaki persegi.


“Selain itu, infrastruktur pada bahagian cerun juga disediakan bagi memudahkan pembeli buat penambahan pengubahsuaian pada masa akan datang. Jika berhasrat membuat kolam renang pada masa akan datang pun boleh, kerana kita telah memperuntukkan tap air bagi sambungan ke kolam renang yang akan dibina oleh pembeli kelak,” katanya.


Hadyan berkata, banglo Sebayu Hill Villas memiliki keluasan terbina bermula dari 4,188 hingga 6,413 kaki persegi yang dibina di atas tanah pegangan bebas dan ia akan dijual pada harga bermula RM2.7 juta.


“Untuk pembeli yang sukakan privasi, ini memang kediaman idaman kerana selain panorama indah, jumlah unit keseluruhan ditawarkan cuma 81 unit,” katanya sambil memberitahu Bangi Heights Development kini giat merancang membangunkan beberapa lagi projek perumahan di Bandar Seri Putra.


.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]