Blok pembangkang, bebas bangkit isu dalam Dewan Rakyat

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Beberapa isu berkaitan urusan Dewan Rakyat telah dibangkitkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof oleh blok pembangkang dan bebas dalam satu pertemuan hari ini.


Dalam satu kenyataan, tindakan tersebut adalah bagi memartabatkan lagi Dewan Rakyat serta memastikan persidangan berjalan dengan lancar.


“Antara isu yang dibangkitkan ialah jawapan bagi Pertanyaan Jawab Lisan yang keluar dalam Aturan Urusan Mesyuarat tidak diterima pada hari yang sama.


“Isu yang turut dibangkitkan adalah mengenai susunan soalan yang tidak mengikut ratio jumlah ahli-ahli Parlimen antara BN, Pas dan GPS,” katanya


Kunjungan tersebut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNPC), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, Ketua Whip BN, Datuk Seri Azalina Othman Said, Ketua Whip Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof.


Pada masa sama, kepimpinan blok pembangkang dan bebas juga turut mencadangkan agar sistem giliran yang lebih adil diamalkan bagi agihan soalan tambahan.


“Langkah-langkah ini bagi memastikan suara setiap parti dapat didengar di dewan yang mulia ini dan kami kami percaya dengan kewibawaan serta pengalaman yang ada pada Speaker, isu-isu yang berbangkit mampu ditangani dengan baik.


“Kami juga yakin  beliau mampu mengendalikan dewan dengan tertib dan professional,” katanya.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]