Dr Mahathir dilantik Pengerusi Khazanah

in Nasional by


PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik menjadi Pengerusi Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang baru berkuatkuasa hari ini.


Pelantikan itu disahkan melalui kenyataan media daripada Pejabat Perdana Menteri, hari ini yang turut mengumumkan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah yang lain.


Dalam kenyataan tersebut, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Pengarah bersama Tan Sri Mohd Hassan Marican.


Turut dilantik menjadi Pengarah adalah bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Sukhdave Singh dan Goh Ching Yin.


Begitupun, pelantikan Pengarah Urusan Khazanah akan diumumkan kemudian.


[ARTIKEL BERKAITAN: Lembaga Pengarah Khazanah letak jawatan]


Baru-baru ini, sembilan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah termasuk Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar telah meletakkan jawatan.


Dalam kenyataan dikeluarkan Khazanah sebelum ini, langkah tersebut bagi memudah cara peralihan yang lancar dan teratur di bawah kerajaan baru.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]