Harap baba pulang dengan selamat

in Edisi Terengganu by


KUALA TERENGGANU РKeluarga peserta Flotilla Gaza dari Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh yang kini ditahan di perairan antarabangsa mengharapkan agar beliau selamat pulang ke tanah air.  


Anaknya, Anis Athirah Mohd Afandi, 18, berkata, tiada yang lain diharapkan melainkan ingin melihat bapanya kembali di samping mereka.


Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu berkata, kali terakhir dia bersama bapanya ketika menghantar rombongan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 15 Julai lalu.


Ditanya sama ada dapat menghubungi bapanya, katanya, setakat ini dia tidak mempunyai sebarang maklumat kerana masih berada di Kuala Terengganu.


“Saya kini berada di Kuala Terengganu dan masih mengikuti kelas hari ini.


“Saya hanya dapat maklumat dari ibu dan kakak saya yang berada di Kuala Lumpur, jadi tiada maklumat sangat,” katanya semalam.


Mohd Afandi merupakan wakil tunggal Malaysia dalam kapal Al-Awda yang kini berada dalam tahanan Israel.


Beliau menyertai misi ‘Just Future for Palestine’ yang diculik dari perairan antarabangsa kelmarin, 29 Julai kira-kira jam 7.15 petang waktu Malaysia ketika berada pada¬† kedudukan 49 batu nautika dari Gaza.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]