Ibadah korban serendah RM300

in Bisnes by


ibadahqurban.org mempelawa seluruh umat Islam bersama-sama melaksanakan dan menjayakan ibadah korban secara terus di Republik Chad, Afrika Tengah melalui program khidmat masyarakat bersama beberapa yayasan dan Majlis Tertinggi Agama Islam Republik Chad sempena Aidiladha bermula 22 hingga 25 Ogos dengan bayaran serendah RM300 hingga RM2,100.  


Jurucakapnya, Da’I Aiman Sufyan Aezman berkata, Ibadahqurban.org mengambil inisiatif ini bertujuan memberi peluang kepada rakyat tempatan yang ingin melakukan korban pada harga berpatutan, malah penduduk di sana merupakan penduduk termiskin di dunia.


Menurutnya, ibadahqurban.org mengadakan korban di Benua Afrika sejak lima tahun lalu.


“Mereka tidak memiliki harta, keperluan makanan dan tempat tinggal. Disebabkan kemiskinan, mereka hanya bergantung kepada bantuan dan ihsan orang ramai un­tuk mendapatkan bekalan makanan dan meneruskan kehidupan.


“Dengan adanya ibadah korban di sana, ia akan membantu mereka untuk bersama-sama menikmati ibadah ini dan merasai daging.


“Sebilangan besar daripada mereka tidak pernah makan daging dan hanya menunggu perayaan Aidiladha untuk menikmatinya,” katanya pada sidang media mengenai Program Ibadah Korban Chad Bersama Da’I Aiman, semalam.


Aiman berkata, Ibadahqurban.org menyasarkan 500 lembu dan ibadah korban akan dilakukan di 35 lokasi berasingan di negara itu antaranya melibatkan perkam­pungan, pusat pendidikan Islam, Institut Tahfiz Al Quran, penempatan pelarian dari negara jiran dan pusat kebajikan balu-balu anggota tentera.


“Kami menjangkakan 5,000 keluarga akan menikmati daging korban tersebut dan sebanyak 200 lembu akan dikorbankan pada setiap hari.


“Seramai enam orang mewakili Ibadahqurban.Org akan ke Chad dan akan dibantu oleh 20 sukarelawan di sana yang merupa­kan bekas pelajar beberapa universiti di Malaysia,” katanya.


Tambahnya, sejak diadakan ibadah korban di sana, jumlah tempahan lembu semakin meningkat dari tahun ke tahun dan kebanyakan mereka membuat tempahan di saat akhir.


“Kami menyediakan tempoh pembayaran sehingga 18 Ogos ini. Kami mengadakan kerjasama bersama Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam Republik Chad untuk mengelakkan penipuan. Majlis itu akan membantu kami dan  bertanggungjawab mendapatkan bekalan lembu dari kawasan tempatan,” katanya.


Katanya, ibadah korban itu diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Atta’awun Selangor dan Pusat Tahfiz Darul Quran Bukit Badong, Selangor. Selain melakukan ibadah kurban, ibadahqurban.org juga menerima pelbagai bentuk sumbangan daripada banyak pihak yang ber­sama-sama membantu penduduk di sana.            

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]