ILI: 26 pelajar UniMAP jalani isolasi

in Edisi by


ARAU – Seramai 26 orang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sedang menjalani isolasi selepas didiagnosa sebagai Influenza Like Illness (ILI).


Pengarah Kesihatan negeri Perlis, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, bagaimanapun kesemua kes adalah stabil tanpa sebarang komplikasi.


Katanya, hasil siasatan mendapati kluster ILI ini hanya melibatkan pelajar di Kolej Kediaman Tun Abdul Razak UniMAP Ulu Pauh sahaja.


“Merujuk kepada prosedur pengurusan kluster, semua pelajar yang didiagnosa sebagai ILI perlu ditempatkan di bilik isolasi UniMAP untuk mengawal perebakan kepada pelajar lain.


“Selain daripada itu, tindakan kawalan dan pencegahan seperti, pengesanan kes secara aktif, taklimat dan ceramah kepada pelajar dan kakitangan serta pemantauan harian oleh pusat kesihatan UniMAP dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kangar dilaksanakan dari masa ke semasa,” katanya menerusi suatu kenyataan, hari ini.


Menurutnya, kluster (ILI) di kolej kediaman berkenaan diisytiharkan pada 27 Julai lalu apabila 10 orang pelajar hadir ke Pusat Kesihatan UniMAP dengan gejala demam dan batuk.


“Mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang perempuan berusia antara 19 hingga 20 tahun,” katanya.


Menurutnya, semua kes berkenaan dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Kesihatan UniMAP dan tiada di antara mereka dirujuk ke hospital.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]