#JusticeForGoat untuk kambing dinoda lapan lelaki

in Global by


NEW DELHI – INDIA. Pengguna media sosial di India berang dengan tindakan tidak berperikemanusiaan lapan lelaki di daerah Mewat, Haryana di India yang tergamak merogol seekor kambing yang sedang bunting.


Haiwan berusia tujuh tahun itu ‘tidak boleh berjalan’ dan mati tidak lama kemudian.


Kisah perbuatan kejam kesemua lelaki terbabit telah dikongsi beribu kali dan #JusticeForGoat kini telah menjadi trending dengan lebih 28,000 tweet.


Akhbar Hindustan Times melaporkan kes itu didaftarkan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang melarang persetubuhan di luar tabii dan di bawah Akta Kekejaman Haiwan.


“Haiwan itu dilaporkan hilang dan penduduk kampung membantu pemiliknya mencari kambing terbabit. Mereka terdengar bunyi bising dan mendapati tiga lelaki sedang memperkosa haiwan tersebut,” menurut laporan itu.


Jelas polis, pelaku adalah orang tempatan dan tiga daripada mereka telah dipukul penduduk kampung.


Semalam, penguasa polis, Nazneen Bhasin mengesahkan mereka sedang menyiasat kes itu dan mengambil keterangan beberapa saksi. – Gulf News


Source: SH Global

[featured-video-plus]