KCL 8898 milik individu sama

in Edisi by


ALOR SETAR – Nombor pendaftaran KCL 8898 pada dua buah kenderaan yang tular di Facebook sejak semalam dimiliki oleh individu yang sama.


Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ismasuhaimi Shariff berkata, nombor pendaftaran yang asal adalah dari kereta Honda City sebelum dibuat proses pertukaran oleh pemiliknya ke Mitsubitshi Outlander.


Katanya, salah faham berlaku apabila pemilik berkenaan tidak mempamerkan nombor pendaftaran Honda City yang baharu iaitu PNN 4106.


“Oleh itu, saya memohon supaya pengguna-pengguna jalan raya mematuhi peraturan terutama dari segi pendaftaran nombor.


“Apabila melakukan proses pertukaran, pemilik perlu menggunakan nombor pendaftaran yang betul bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna jalan raya yang lain,” katanya hari ini.


Sejak kelmarin, sekeping gambar yang memaparkan dua buah kenderaan dengan nombor pendaftaran yang sama mulai tular di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi pengguna.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]