Kedah gagal ubati kekecewaan

in Sukan by


IMPIAN Kedah untuk mengubati kekecewaan pada perlawanan akhir Liga Super 2018 tidak kesampaian apabila tewas 1-3 kepada PKNP FC di Stadium Darul Aman, semalam.


Keputusan tersebut menyaksikan Lang Merah menamatkan saingan di tangga ke-6 pada musim ini dengan 32 mata selepas 22 perlawanan sekaligus gagal menyamai pencapaian musim lalu berada di tangga ke-4.


Ritus Krjauklis meletakkan PKNP FC di hadapan 1-0 pada minit ke-23 selepas bijak menguis masuk hantaran Muhd Ibni Khozaimi.


Pelawat terus menambah luka Lang Merah kepada 2-0 menerusi Kim Sangwoo yang menanduk cantik selepas menerima hantaran melalui sepakan penjuru oleh Muhd Ibni pada minit ke-32.


Kedah yang berusaha memburu kedudukan lebih baik pada saingan liga super hampir merapatkan jurang pada minit ke-41 oleh Sandro Da Silva namun percubaannya terkena palang.


Usaha berterusan tuan rumah membuahkan hasil apabila berjaya merapatkan kedudukan 1-2 menerusi sepakan percuma Sandro pada minit ke-49.


Bagaimanapun PKNP FC kembali menjarakkan kedudukan kepada 1-3 hasil jaringan kedua Sangwoo pada minit ke-63 dan keputusan tersebut kekal hingga wisel penamat.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]