Krisis Rohingya kedua?

in Global by


NEW DELHI – INDIA. Lebih empat juta individu kebanyakannya orang Islam di negeri sempadan Assam, hari ini dikecualikan daripada senarai kerakyatan India atas alasan tidak dapat mengemukakan dokumen sah.


Susulan keputusan itu, langkah keselamatan telah diperketatkan di seluruh negeri terbabit yang terletak bersempadan dengan Bangladesh berikutan ribuan penduduk Islam yang bertutur bahasa Bengali mula bimbang mereka mungkin dihantar ke pusat tahanan atau dihantar pulang.


Senarai draf digelar Daftar Rakyat Kebangsaan (NRC) itu diumumkan Ketua Pendaftar India (RGI) di Guwahati.


“Daripada 32.9 juta populasi penduduk di kawasan yang berkongsi sempadan Bangladesh dan Bhutan itu, hanya 28.9 juta nama berada dalam senarai akhir NRC,” ujarnya.


Akhir tahun lalu, seramai 19 juta ditetapkan sebagai warganegara sah menerusi senarai pertama.


Difahamkan NRC telah dikemas kini selepas hampir tujuh dekad sebagai daripada kempen untuk mengenal pasti imigran tidak mempunyai dokumen sah dari Bangladesh dan syarat yang ditetapkan adalah setiap individu perlu menunjukkan dokumen mengesahkan keluarga mereka tinggal di negara itu sebelum 24 Mac 1971.


Pada awal 1970-an, ratusan ribu melarikan diri dari Bangladesh ke India ketika peperangan untuk menuntut kemerdekaan daripada Pakistan tercetus.


Kebanyakan mereka menetap di Assam yang terletak hampir 270 kilometer dari sempadan Bangladesh. – Agensi




 


Source: SH Global

[featured-video-plus]