Langgar akta jika pecahkan fungsi Mara

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melanggar Akta Majlis Amanah Rakyat (Mara) 1966 sekiranya benar dakwaan fungsi perbadananan itu akan dipecahkan.


Ahli Parlimen Bera, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, mengikut Seksyen 36 akta tersebut, perbadanan tersebut diklasifikasikan sebagai Orang Melayu sekali gus tidak boleh diganggu.


“Saya dengar kemungkinan Mara dipecahkan dan diasingkan mengikut beberapa kementerian.


“Kalau ikutkan akta Mara, perbadanan ini tidak boleh dipecahkan.Fungsi Mara itu perlu kekal turun temurun,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen.


Sebelum ini, timbul dakwaan yang menyatakan Mara akan dipecahkan ke beberapa kementerian sekali gus mengecilkan peranannya dalam membantu Bumiputera.


Mara ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam Persekutuan khususnya di kawasan luar bandar.


Mengulas lanjut, beliau berkata, pemecahan Mara akan merencatkan pembangunan Melayu Bumiputera di negara ini.


“Dari segi pendidikan, Mara telah berjaya menghasilkan 1.2 juta pelajar manakala 1 juta usahawan turut berjaya dilahirkan di bawah Mara.


“Usaha menyentuh Mara bermakna menyentuh hak Melayu dan Bumiputera secara keseluruhan,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]