Saharul Ridzwan diugut bunuh

in Hiburan by
Saharul Ridzwan

Saharul Ridzwan diugut bunuh


Penangan drama Jangan Benci Cintaku sememangnya meninggalkan impak tersendiri, baik buat penonton dan juga para pelakonnya.


Jika sebelum ini Zahirah MacWilson yang membawakan watak sebagai Feeqa dihujani pelbagai mesej daripada peminat yang meluahkan masalah atau nasib mereka sama seperti watak lakonannya, kali ini, salah seorang pelakon utama drama berkenaan, Saharul Ridzwan turut menerima nasib serupa.


Cuma yang berbeza, Saharul yang membawakan watak sebagai Shah menerima ugutan bunuh daripada salah seorang penonton drama berkenaan.


Berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram miliknya, Saharul, 29, bagaimanapun tidak mengambil serius dengan direct message yang diterima dan tergelak membacanya.


“Hiburan pagi ini (semalam), saya tahu dia hanya main-main, tapi tergelak bila terbaca. Teruk sangat ke Shah ni?


“Ni cerita tak habis lagi ni. Standby baju kalis pelurulah,” tulisnya dan mendapat perhatian hampir 3,000 komen dan lebih 90,000 like.


Rata-rata peminat juga tidak mengambil serius dan melihat lakonan Saharul dalam drama tersebut berjaya sehingga ada yang terkesan dengan watak Shah.


Menerusi screenshot yang disertakan itu, individu tersebut berkata, dia akan membunuh Shah sekiranya Shah memilih untuk menikahi Husna, watak yang dilakonkan oleh Niena Baharun.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]