‘Saya tidak bertanggungjawab atas kebodohan mereka yang…’

in Hiburan by
Reen Rahim

‘Saya tidak bertanggungjawab atas kebodohan mereka yang…’


PELAKON yang semakin meningkat naik, Reen Rahim memaklumkan akaun Facebook di atas nama Ashikin Rahim dan page Reen Rahim telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Menerusi perkongsian di Insta Stories miliknya, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 30, berkata, dia tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada pengikutnya yang mempercayai sebarang status yang dimuat naik di akaun berkenaan bermula semalam.


“Perhatian! Facebook AshikinRahim dan page Reen Rahim telah digodam. Harap Maklum.


“Saya tidak akan bertanggungjawab atas kebodohan mereka yang percaya status yang diupate di Facebook itu,” tulisnya.


Malah Reen juga turut berkongsi paparan skrin perbualan antara seorang peminatnya dengan individu yang mengendalikan Facebook tersebut kini.


Difahamkan individu tidak bertanggungjawab itu memberi alasan pihaknya mendapat kebenaran Reen untuk berbuat demikian dan perkara itu disangkal Reen.




 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]