Suami saya pun gemuk: Faezah Elai

in Hiburan by
Faezah Elai

Suami saya pun gemuk: Faezah Elai


PELAKON Faezah Elai menafikan dia menyindir bentuk badan wanita yang mewakili Fazura bagi menerima trofi Pelakon Wanita Telenovela Popular pada Anugerah Telenovela 2018, Sabtu lalu.


Menurut isteri kepada pengarah Heykal Hanifah ini menerusi Instagram miliknya, dia tidak pernah terfikir ke arah itu sehingga mencetuskan salah faham.


“Khas untuk orang yang tujuannya untuk menghentam orang lain dan suka judge orang. Now which part yang i cakap ‘lepas anak lima orang…’ yang konon ada part body shamming?


“Suami saya pun gemuk takkan saya nak cakap benda yang buat suami saya terasa. Saya cakap anak lima orang sebab wanita yang naik itu pakai tudung dan saya ada lima orang anak. Tak ada kena mengena tentang badan dia.


“Sekarang siapa yang fikir konon saya sindir mengenai badan orang lain. Sedangkan saya tak terfikir langsung,” ujarnya.


Tambah Faezah, 36, dia memohon maaf kepada wanita yang mewakili Fazura sekiranya gurauannya membuatkan wanita tersebut terasa hati.


“Saya bukan individu yang suka bercakap mengenai fizikal orang lain. Jika anda yang tersalah faham, mengapa ajak orang lain untuk salah faham juga? Dan buat orang lain dapat dosa percuma.


“Kepada wanita yang naik ke pentas semalam, jika anda fikir saya bercakap mengenai badan anda, anda silap. Saya tidak akan berbuat begitu dan jika anda terasa dengan gurauan saya, saya minta maaf. Saya tidak ada niat begitu.


“Kepada yang mengecam, saya tidak memerlukan publisiti percuma. Kalau kita seorang yang positif, kita tidak akan fikir yang negatif,” katanya yang menutup ruangan komen bagi mengelakkan mana-mana individu meninggalkan komen yang kurang manis di Instagramnya.


Anugerah Telenovela 2018 telah berlangsung di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu.


Kejadian berlaku ketika Faezah Elai dan Shahrizal Jaszle menyampaikan trofi Pelakon Wanita Telenovela Popular, bagaimanapun Fazura tidak hadir dan diwakili wanita berkenaan untuk mengambil trofi.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]