Z++ atasi masalah dengkur

in Bisnes by


BERDENGKUR menyebabkan gangguan tidur yang boleh memberi kesan kepada sistem tubuh sehingga mendedahkan kepada risiko penyakit berbahaya lain. Menyedari hakikat itu, pemilik syarikat SirChareltz Legacy Enterprise, Mohd Sahril Yusof menginovasikan kunyit untuk membantu mengurangkan masalah dengkur dengan menghasilkan produk anti dengkur yang dikenali Z++ sejak beberapa tahun lalu.


Mohd Sahril berkata, produk itu menggunakan resipi yang diformulasikan sendiri oleh ibunya, Miskiah Sarikon.


“Idea untuk menghasilkan produk ini didorong oleh masalah yang saya alami kerana sering keletihan kerana tidak cukup tidur.


“Salah seorang rakan serumah kuat berdengkur dan saya pula terlalu sensitif dengan bunyi ketika tidur. Ibu terus memberikan resipi untuk menghasilkan makanan tambahan tersebut dengan menggunakan kunyit, jintan hitam dan madu asli,” katanya.


Mohd Sahril berkata, selepas rakannya makan makanan tambahan tersebut, dengkurannya berkurang dan membolehkan beliau tidur nyenyak.


“Saya melihat perubahan rakan dan berkeyakinan resipi ibu perlu dikomersialkan kerana ia menggunakan formulasi sendiri daripada bahan semula jadi, malahan dihasilkan dalam bentuk makanan tambahan. Pada ketika itu, kebanyakan individu yang berdengkur akan mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.


Kunyit dan gabungan bahan semula jadi


Pada peringkat awal, Z++ dihasilkan berbentuk cecair dan dibuat di sebuah kilang di Johor. Ia dipasarkan secara kecil-kecilan sahaja dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.


Mohd Sahril berkata, selepas itu, beliau mula melakukan penambahbaikan apabila memiliki modal yang lebih besar dengan membuat pembungkusan baharu dan menggunakan mesin untuk menghasilkan dalam skala yang lebih besar.


“Saya melakukan kajian pembangunan dan penyelidikan (R&D) untuk menghasilkan Z++ selama dua tahun. Ia diformulasikan mengikut sukatan bahan yang betul dan menggunakan kunyit yang berkualiti.


“Ia digabungkan dengan bahan lain seperti madu asli, jintan hitam, kunyit dan pudina disuling untuk mendapatkan ekstraknya. Kandungan utama Z++ tidak menggunakan bahan kimia,” katanya.


Mohd Sahril berkata, produk Z++ mencatatkan jualan sebanyak 3,000 unit sejak di pasaran pada Mei lalu.


“Pengguna memberikan maklum balas yang positif selepas menggunakan Z++ antaranya tiada masalah dengkur dan bunyinya berkurangan, selain dapat membantu melegakan asma atau semput,” katanya.


Katanya, Z++ juga membantu menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.


Mohd. Sahril berkata, Z++ adalah sejenis cecair dalam paket kecil dan hanya diminum sebelum tidur pada waktu malam.


Sasar 10,000 unit sebulan


Walaupun masih baharu, Z++ mendapat sambutan yang memberangsangkan dan syarikat menyasarkan dapat menjual 10,000 unit Z++ setiap bulan menjelang hujung tahun ini.


“Ia didorong oleh faktor produk anti-dengkur pertama yang berada di pasaran yang merupakan formulasi sendiri dan membantu menyelesaikan masalah dengkur dalam kalangan masyarakat.


“Kami juga akan mengadakan strategi yang agresif dan memfokuskan penambahan stokis di setiap negeri untuk mengukuhkan kedudukan Z++ dalam pasaran tempatan. Z++ juga berada dalam pasaran Asia Tengara antaranya di Singapura, Indonesia dan Brunei,” katanya.


Tambahnya, Z++ boleh dibeli secara atas talian (online) dan ke ibu pejabatnya di Johor Bahru, Johor.


Beliau berkata, Z++ mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia pada awal tahun ini dijual pada harga RM125 di Semenanjung Malaysia dan RM135 di Sabah serta Sarawak.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]