Bayi dilarikan harimau bintang

in Global by


NEW DELHI – INDIA. Seorang bayi berusia empat bulan cedera selepas mangsa dilarikan harimau bintang dalam kejadian dekat kawasan sebuah hutan di Gujarat.


Ketika kejadian, bayi terbabit sedang dipegang ibunya yang membonceng motosikal suaminya.


Bapa bayi terbabit kemudiannya meminta bantuan penduduk kampung berhampiran.


“Mereka bertindak menjerit untuk menakut-nakutkan haiwan terbabit. Ia akhirnya menjatuhkan bayi tersebut. Kami segera menghubungi ambulans. Ibu mangsa turut mengalami kecederaan,” kata renjer hutan.


Sementara itu, doktor yang merawat kedua-dua mangsa mengesahkan mereka stabil dan semakin pulih.


Pada 2016, kira-kira enam cedera selepas seekor harimau bintang memasuki sebuah sekolah di Bangalore dan mengambil masa sehingga 10 jam untuk menangkapnya. – BBC


Source: SH Global

[featured-video-plus]