Dorong budaya ‘orang bawahan’ tak hormat KSN

in Nasional by


SHAH ALAM – Tindakan kumpulan bekas penjawat awam G25 mendesak Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa meletakkan jawatan dilihat mampu mendorong budaya ‘orang bawahan’ tidak menghormati KSN.


Naib Ketua Umno Bahagian Seputeh, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, penjawat awam merupakan tulang belakang kepada sesebuah kerajaan.


Menurutnya, tindakan G25 yang mendesak KSN berhenti secara terhormat merupakan satu malapetaka kepada organisasi kerajaan.


”Desakan ini bukan sahaja dilihat memalukan Ketua Penjawat Awam, malah ianya mendorong kepada orang bawahan secara lansung tidak akan menghormati jawatan sebagai KSN.


”Sekiranya G25 mendesak KSN meletakan jawatan, adakah ini bermaksud beliau serta semua KSU di seluruh kementerian perlu berasa malu dan meletakan jawatan semata-mata mereka semua berkhidmat kepada Menteri kerajaan sebelum ini?,” katanya kepada Sinar Harian, tadi.


[ARTIKEL BERKAITAN: G25 desak Ali Hamsa letak jawatan ]


Razlan berkata, cukuplah 17,000 pegawai kontrak ditamatkan ada di antara pegawai kontrak ini bukan berurusan secara langsung dengan menteri atau orang politik.


Bagaimanapun menurutnya, pengkhianatan kepada 17,000 pegawai kontrak berkenaan tetap di kenakan dan tindakan berkenaan merupakan satu tindakan zalim terhadap pegawai kontrak terbabit.


”G25 patut membantu PH untuk memperbetulkan seperti mana yang di mohon oleh YAB Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad)… memberi idea dan tambah baik, bukan dengan tindakan cadangan yang mudah dan kolot, setakat mengarahkan “Melepaskan Jawatan”.


Hari ini, kumpulan G25 mendesak KSN meletakkan jawatan.


Dalam satu kenyataan kumpulan tersebut berkata, desakan tersebut dibuat selepas wujud siri reputasi buruk dan kritikan kepimpinan baharu terhadap perkhidmatan awam negara.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]