Happy Polla seorang yang pendiam: Hael Husaini

in Hiburan by
Hael

Happy Polla seorang yang pendiam: Hael Husaini


SEJAK klip video Hajat, lagu terbaharu Hael Husaini dilancarkan pada Jumaat lalu, dalam masa lebih kurang 24 jam sahaja, klip video ini terus menjadi trending nombor 1 di YouTube.


Menurut Hael yang ditemui, dia mengucapkan syukur dan terima kasih di atas sokongan peminat terhadap lagu terbaharunya itu serta klip videonya yang menampilkan tiga selebriti popular iaitu Dottie, Sherry AlHadad dan penampilan Happy Polla dari Thailand.


Ditanya mengenai kemunculan ketiga-tiga bintang tersebut, Hael memberitahu bahawa itu merupakan perbincangan bersama antara pihaknya dengan Rocketfuel.


Tidak dinafikan kehadiran Happy Polla antara menjadi penarik kerana dia cukup popular dengan video dan aksinya yang lucu.


“Happy Polla seorang penghibur dengan gayanya yang tersendiri. Dia seorang yang tinggi dan besar. Jadi nampaklah saya makin kecil. Pun begitu, nampak sahaja dia gila-gila tapi sebenarnya dia pendiam. Dia tak banyak sangat bercakap. Tapi bila time kerja, dia akan buat betul-betul.


“Tarikan klip video ni bukan Happy Polla sahaja tetapi semua la termasuk Dottie, Sherry dan saya sendiri,” ujar Hael sambil ketawa.


Mengulas mengenai penampilan selebriti berbadan besar di dalam klip video Hajat ini, Hael memberitahu bahawa dia cuba ketengahkan mereka yang bersaiz besar setanding dengan orang-orang lain dalam klip video tersebut.


“Mereka yang bersaiz besar juga ada kecantikannya tersendiri,” akhiri Hael.


Sehingga hari ini, klip video tersebut sudah pun mencecah lebih 1 juta tontonan di YouTube.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]