Kebajikan polis dimasukkan dalam bajet

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Isu kebajikan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya berkaitan berek dan kemudahan balai polis akan menjadi keutamaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk dimasukkan dalam pembentangan bajet akan datang.


Timbalan Menterinya Datuk Mohd Azis Jamman berkata, isu berkenaan dilihat kurang mendapat perhatian kerajaan sebelum ini dan kerajaan PH akan menangani perkara tersebut.


“Saya sendiri turun padang melawat beberapa berek polis, kawasan saya (Sepanggar) pun berek polis sangat daif, setiap rumah hanya ada dua bilik dan satu tandas. Saya lihat berek polis lagi daif daripada rumah PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin). Rumah PPRT pun ada tiga bilik dan dua tandas.


“Sewaktu kerajaan dahulu, isu kebajikan anggota polis kurang mendapat perhatian. Setidak-tidaknya kita selaku kerajaan perlu menimbang dan perlu fikirkan kebajikan anggota polis yang berkorban menjaga keselamatan negara,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]