Kekalkan kedudukan Mara di bawah satu kementerian

in Nasional by


SHAH ALAM – Fungsi Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak akan berubah sekiranya masih dikekalkan di bawah satu kementerian.


Bekas Ahli Majlis Mara, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, beliau tidak bersetuju jika diasingkan mengikut beberapa kementerian kerana struktur yang sedia ada sudah lengkap.


Menurutnya, kemungkinan pertambahan jawatan dan tugas juga bakal berlaku jika dipecahkan.


“Institusi Mara sudah berpuluh-puluh tahun berkembang, cukuplah di bawah satu bumbung atau satu kementerian sahaja pantau, lebih mudah kita pantau seperti dalam agenda bantuan kepada pelbagai pihak.


“Mengapa hendak dipecahkan kepada tiga dan keadaan itu  seperti mempunyai agenda yang tersembunyi dan saya tidak menyokong sama sekali,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau berkata, ia juga bakal mengundang kekeliruan dalam masyarakat kerana bangunan 26 tingkat itu telah wujud dan beroperasi lama untuk semua hal berkaitan Mara.


Katanya, jika diasingkan, pembaziran bakal berlaku.


“Bagi saya apa yang ada hari ini jangan kacau kerana apabila sudah terpisah nanti rakyat juga akan jadi gusar,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]