Lancar fasa kedua program keusahawanan

in Bisnes by


TAYLOR’S Education Group dan CIMB Islamic Bank Bhd akan melancarkan fasa kedua program keusahawanan menjelang 2019.


Program Keusahawanan Taylor’s-CIMB Islamic itu, dimulakan tahun lalu bertujuan memperkasakan keluarga golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) bagi meningkatkan keupayaan pendapatan mereka menerusi latihan berasaskan kemahiran dan keusahawanan.


Susulan kejayaan itu, perintis pendidikan swasta dan bank itu kini merancang fasa kedua, ‘Program Keusahawanan 2.0’, kata kedua-dua institusi itu dalam satu kenyataan bersama.


“Ini akan menyaksikan pewujudan ‘Program Keusahawanan Universiti’, ‘Program Keusahawanan Marketplace’ dan ‘Program Keusahawanan Digital’ sebagai platform usahawan  terus belajar dan cari peluang perniagaan,” kata kenyataan itu.


Taylor’s dan CIMB Islamic juga mengumumkan, memberi geran bernilai RM460,000 di bawah program ini kepada 107 pemilik perniagaan kecil dari lima Projek Perumahan Rakyat di Lembah Klang.            

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]