Mawar Rashid hamil?

in Hiburan by
Mawar Rashid dan suami

Mawar Rashid hamil?


PELAKON Mawar Rashid berkongsi berita gembira bakal menyambut ‘orang baharu’ dalam hidupnya dan suami, Raf Yaacob pada tahun depan.


Meski tidak menyebut secara jelas, namun status yag dimuat naik Mawar dan suaminya di laman Instagram masing-masing pada petang itu seperti menggambarkan heroin drama Suamiku Paling Sweet ini sedang hamil cahaya mata pertama pertama mereka.


“Keluarga #MawaRaf akan bertambah tahun depan, Insyaa’Allah. Semoga dipermudahkan. Kita doa yang baik-baik ya? Amin Allah Humma Amin Ya Mujiba Sahilin ? #BabyRadenR,” tulisnya pada kapsyen fotonya bersama suami.


Perkongsian yang sama turut dibuat Raf di laman Instagramnya dengan memuat naik gambar dan kapsyen yang sama.


Ruangan komen status yang dimuat naik pasangan ini mula dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa kesejahteraan buat keduanya.


Mawar selamat bergelar isteri kepada Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 Novermber 2017. Menerusi perkahwinan terdahulu, Raf mempunyai dua orag cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]