Next Bike perkenal Ducati Scrambler 1100

in Bisnes by


NEXT Bike Sdn Bhd, pengedar tunggal motosikal Ducati di Malaysia telah melancarkan Ducati Scrambler 1100 di Annual Art of Speed yang ketujuh yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang.


Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, model itu boleh didapati dalam dua varian untuk pasaran Malaysia, iaitu Ducati Scrambler 1100 Special dan Ducati Scrambler 1100 Sport.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holdings (Kumpulan Automotif), Datuk Samson Anand George berkata, Scrambler 1100 bertujuan memenuhi keperluan peminat motosikal yang inginkan keseronokan, gaya dan kebebasan yang menjadi tanda niaga utama Scrambler.


“Penjualan Global Scrambler melonjak melepasi paras 46,000 unit sejak kali pertama diperkenalkan pada 2015 dan kini ketibaan Ducati Scrambler 1100 di Malaysia melengkapkan barisan Scrambler kami.


“Dengan beberapa titik sentuhan, pengaktifan dan penglibatan pelanggan dalam tempoh tiga tahun yang lalu, kami menjangkakan untuk melihat lebih banyak pergerakan motosikal Scrambler untuk 2018,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]