Piala Malaysia: Bos Gaurus sasar pentas final

in Sukan by


PERAK yang diundi dalam Kumpulan A bersama Terengganu FC, Kuala Lumpur dan Felcra FC meletakan sasaran mara ke pentas final Piala Malaysia musim ini.


Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, sasaran itu mampu direalisasikan skuad The Bos Gaurus berdasarkan kepada prestasi semasa pasukan.


“Buat permulaan fokus kami adalah untuk berada pada kedudukan pertama (juara), dalam saingan Kumpulan A, Piala Malaysia musim ini.


“Kita juga menetapkan sasaran untuk Perak berada dalam perlawanan akhir Piala Malaysia sebagaimana yang telah diumumkan sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian.


Hasnul Zulkarnian berkata demikian bagi mengulas kedudukan Perak bagi saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia.


Sementara itu, Hasnul Zulkarnain berkata, prestasi Perak pada ketika ini khususnya dalam saingan Liga Super tidak boleh dijadikan ukuran bagi mengharungi saingan Piala Malaysia.


Malah katanya, setiap pasukan yang beraksi dalam saingan Piala Malaysia dilihat memiliki peluang yang sama rata untuk mara jauh kali ini.


“Semua pasukan yang berjaya memasuki saingan Piala Malaysia ini punyai peluang sama rata. Perak hanya berkelebihan berdasarkan kedudukan kedua dalam saingan Liga Super.


“Ia tidak boleh dijadikan kayu ukur dalam saingan Piala Malaysia,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]