Syed Saddiq kongsi gambar di RMC sempena Hari Pahlawan

in Nasional by


SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi gambar ketika menuntut di Maktab Tentera Diraja (RMC), sempena sambutan Hari Pahlawan, hari ini.


Melalui Twitternya, Syed Saddiq memuat naik gambarnya bersama seorang lelaki yang merupakan datuknya.


Ketua Armada itu memaklumkan, datuknya merupakan seorang ‘hero’ di atas pengorbanannya bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


“Atok saya pernah berkhidmat bersama TLDM. Beliau memberi galakan kepada saya untuk menyertai Maktab Tentera Diraja.


“Pengorbanan beliau kepada negara dan keluarga akan saya kenang sampai bila-bila. True hero!,” tulisnya.


Dalam pada itu, Syed Saddiq turut mengucapkan selamat Hari Pahlawan kepada semua perajurit tanah air.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]