Tiada pilihanraya PBT dalam tempoh 3 tahun

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan melaksanakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan dalam tempoh tiga tahun ini.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, ini kerana pihak kerajaan memerlukan masa untuk membuat kajian termasuklah melibatkan soal perundangan.


“Di antara perkara teknikal yang harus kita lihat ialah meminda beberapa undang-undang antaranya Akta Kerajaan Tempatan, Akta Pilihanraya 1998, Akta Ibu Kota Persekutuan, paratusan pilihanraya dan lain-lain.


“Kita memerlukan dalam masa tiga tahun memandangkan keadaan kewangan dan ekonomi negara belum stabil untuk mengadakan pilihanraya kerajaan  tempatan yang kos yang tinggi,” katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) di Parlimen, hari ini.


Menurutnya, kerajaan juga telah mengambil beberapa langkah termasuklah menubuhkan jawatankuasa di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


“Satu bengkel pada 12 Julai melibatkan beberapa agensi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kementerian Wilayah dan penasihat undang-undang.


“Hasil daripada bengkel ini mereka telah membuat satu roadmap yang mana pada tahun ini kita akan kaji semua perundangan  dan langkah menyediakan satu kertas kerja untuk dibentangkan di kabinet untuk diluluskan,”katanya.


Katanya, pihak kementerian juga akan turun padang  memberi penerangan kepada rakyat sebelum pilihanraya kerajaan tempatan dilaksanakan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]