PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

July 2018 - page 409

Ahmad Zahid tidak disenarai hitam

in Nasional by


SHAH ALAM – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bebas untuk ke luar negara pada masa kini.


Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, buat masa ini, nama Ahmad Zahid tidak termasuk dalam senarai nama yang dikenakan sekatan tersebut.


Katanya, pihaknya juga tidak mendapat sebarang permintaan daripada mana-mana pihak termasuk SPRM untuk menyenaraihitam nama Presiden Umno itu dari ke luar negara.


“Saya telah semak dengan SPRM dan tiada apa-apa permintaan untuk disenaraihitam,” katanya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp kepada Sinar Harian, hari ini.


Mustafar berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagaimanapun akan mengambil tindakan tersebut sekiranya ada permintaan.


“Ya tiada (senarai hitam ke luar negara)…sebab siasatan dijalAhmad Zahid tidak disenarai hitamankan oleh SPRM. Kalau ada permintaan dari SPRM baru JIM blacklist (senarai hitamkan),” katanya.


Semalam, Sinar Harian melaporkan tentang seorang pemimpin tertinggi Umno, yang juga bekas menteri kanan dalam Kabinet Najib akan dipanggil dalam tempoh terdekat berkaitan kes penyelewengan wang milik sebuah yayasan.


Sumber yang boleh dipercayai memberitahu Sinar Harian, siasatan dijalankan SPRM sejak awal tahun ini mendapati seorang daripada pemimpin tinggi Umno menyalahgunakan wang sebuah yayasan, di mana  beliau menjadi pengerusi.


Beliau disyaki menggunakan lebih RM800,000 dana yayasan tersebut untuk membayar kad kredit miliknya dan isterinya.


SPRM dipercayai berjaya mengesan beberapa dokumen yang mencatat maklumat transaksi pembayaran untuk diri dan isteri pemimpin itu.


Penyalahgunaan wang yayasan tersebut bermula pada 2014 lagi.


Pada 2014 dan 2015 beliau didakwa menyalah guna kira-kira RM800,000 dan pada 2016 pula kira-kira RM55,000 untuk isterinya.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Terengganu bakal adakan Hari Keusahawanan di setiap daerah

in Edisi Terengganu by


KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri bakal mengadakan Hari Keusahawanan bagi menyalurkan segala maklumat berhubung kemudahan yang sesuai diguna pakai usahawan untuk memulakan atau mengembangkan lagi perniagaan mereka ke tahap lebih baik pada masa akan datang.


Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Makro dan Hal Ehwal Penjaja, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, Hari Keusahawanan itu akan diadakan bermula minggu ketiga Julai ini.


Menurutnya, program melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) itu akan diadakan di setiap daerah secara bergilir dan Besut akan menjadi daerah pertama melaksanakannya.


“Di bawah Exco keusahawanan, YPU yang menjadi agensi utama dan saya mendapati bawah YPU ini banyak segmen yang boleh tolong dari segi keusahawanan cuma di peringkat kita (kerajaan dahulu) ia gagal di peringkat pemasaran. Maksudnya orang kampung di peringkat bawah ini, banyak sangat hendak tahu dan dapatkan maklumat daripada YPU tetapi tidak tercapai.


“Jadi ini pendekatan yang saya buat dan kebetulan dah dapat maklumat daripada pihak kewangan dah lulus untuk kita buat sehari bersama usahawan iaitu Hari Keusahawanan di setiap daerah dan akan mula di Besut pada minggu ketiga bulan Julai,” katanya kepada Sinar Harian pada Majlis Perasmian Ar Rahn Losong dan Hari Raya Aidilfitri, di sini.


Hadir sama, Pengerusi Koperasi Rakyat Kelantan Berhad, Mohd Sabri Abdullah.


Nurkhuzaini berkata, Hari Keusahawanan berkenaan turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah dan Majlis Daerah setempat dengan melibatkan 17 agensi seperti SME Corp, Bank Rakyat dan banyak lagi.


Menurut Adun Kota Putera itu, dengan adanya penglibatan daripada pelbagai agensi, penerangan secara terus dapat diberi kepada usahawan terlibat.


“Kita akan jadikan seperti ‘one stop centre’ pada masa itu (Hari Keusahawanan) bagi penerangan terus kepada usahawan kerana kita banyak kategori usahawan, ada yang baru nak berniaga, dah berniaga tapi nak kembangkan lagi dan usahawan peringkat besar yang mungkin nak beli mesin dan apa saja.


“Kebanyakan orang tak tahu saluran yang YPU ada dan ia cukup baik yang perlu diturunkan kepada masyarakat. Ini usaha saya dalam masa terdekat,” katanya.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]

Perkahwinan budak perempuan 11 tahun tidak sah

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Perkahwinan budak perempuan berumur 11 tahun di Kelantan, yang tular di media sosial sejak Jumaat adalah tidak sah dari segi undang-undang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Beliau berkata, ini kerana perkahwinan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada mahkamah untuk  bapa kanak-kanak itu mewalikan anaknya dan menjadi isteri kepada orang yang lebih tua, selain kerana budak itu adalah di bawah umur iaitu 11 tahun.


“Perkahwinan itu tidak sah dan mereka mesti dipisahkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Jamuan Tertutup Eksklusif Sambutan Aidilfitri Bersama 2,000 Anak Yatim Asnaf 2018 anjuran Insaf Malaysia di Stadium Mini Setiawangsa, hari ini.


Turut hadir Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dan Presiden Insaf Malaysia Ishak Abdul Kadir.


[ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan bawah umur kes serius]


Di bawah Enakmen Keluarga Islam yang dikuatkuasakan di semua negeri, usia minimum bagi lelaki adalah 18 tahun manakala bagi ­perempuan adalah 16 tahun. Sekiranya mereka di bawah umur, perkahwinan hanya dibenarkan jika ada kebenaran mahkamah dan persetujuan ibu bapa mereka.


Kisah  perkahwinan budak perempuan berusia 11 tahun dengan seorang lelaki 41 tahun itu telah mengundang reaksi pelbagai pihak.


Siasatan awal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan mendapati perkahwinan itu dijalankan di Golok, Thailand dan ibu bapa kanak-kanak itu juga merupakan warganegara Thailand.


Sementara itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata usaha pegawai kementeriannya untuk menjejaki individu 41 tahun itu gagal apabila individu tersebut telah melarikan diri dan tidak dapat dihubungi.


Dalam pada itu, beliau berkata, kes perkahwinan tersebut perlu dilihat secara holistik sama ada terdapat unsur-unsur seperti pedofilia, eksploitasi kanak-kanak dan pornografi kanak-kanak.


Jelas Dr Wan Azizah lagi, sudah tiba masa untuk menaikkan had umur perkahwinan melibatkan kanak-kanak perempuan daripada 16 tahun kepada 18 tahun. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Rezeki keluarga menang wang tunai

in Edisi by


KUANTAN – Mulanya dia agak sukar mahu mempercayai panggilan daripada pemanggil yang memperkenalkan diri sebagai pihak Sinar Harian dari Shah Alam, kerana beranggapan panggilan itu sekadar main-main.


Namun selepas menerima panggilan kedua daripada wakil Sinar Harian di Pahang berhubung kemenangannya dan hadiah wang tunai RM500 yang mahu diserahkan, Nor Liza Razali, 46, berasa sangat teruja.


Menurutnya, dia tidak menyangka penyertaannya dalam Peraduan Hari-Hari Duit Raya pertengahan Jun lalu membawa rezeki buatnya dan keluarga.


“Saya tak pernah sertai mana-mana peraduan sebelum ini dan ini  yang pertama, itu pun sekadar mencuba dan suka-suka.


“Borang pun saya pos guna khidmat penghantaran cepat sebab takut terlewat, tapi waktu tu memang tak yakin pun boleh menang, suka-suka hantar,” katanya di Pejabat Sinar Harian Pahang di sini, semalam.


Nor Liza dari Taman Maran Jaya, Maran, hadir ditemani suami, Ahmad Shamsudin Daras, 48.


Dia yang bertugas sebagai kerani di sebuah agensi kerajaan bersyukur dengan kemenangan itu yang disifatkan rezeki Syawal.


“Kebetulan pula anak dapat sambung pengajian di sebuah kolej di Johor, jadi duit ini dapatlah tampung untuk sedia keperluannya nanti,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]

Pemuda Umno Masjid Tanah kesal

in Politik by


BANDARAYA MELAKA  – Pemuda Umno Bahagian Masjid Tanah kesal dan terkejut dengan tindakan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang membuat kenyataan untuk keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas bermula hari ini.


Ketuanya, Abdul Hakim Wahid berkata, keputusan bekas Ketua Puteri Umno itu sebagai satu tindakan diluar jangkaan bagaimanapun beliau menghormati tindakan yang dibuat biarpun telah mengejutkan ahli-ahli Umno dalam Parlimen berkenaan.


Menurutnya, sebagai sayap Pemuda Umno sudah pasti ia menimbulkan rasa terkilan kerana Mas Ermieyati dipilih sebagai wakil rakyat di bawah tiket Umno dan Barisan Nasional (BN) lebih-lebih lagi Masjid Tanah antara kubu kuat Umno.


“Kita meletakkan harapan beliau yang dapat menjadi wakil rakyat Umno, wakil rakyat pembangkang yang kuat untuk kita terus pertahankan parti dan BN di kawasan ini namun sebaliknya yang berlaku.


“Apa pun kita hormatu keputusan kakak kita itu dan sehingga kenyataan itu dikeluarkan beliau, saya terus-menerus dihubungi ramai jawatankuasa pemuda dan juga orang-orang kampung yang kecewa dan bertanyakan hal itu,” katanya kepada Sinar Harian.


Jelas Abdul Hakim, berita mengejutkan itu bagaimanapun tidak akan menjejaskan dan membantutkan momentum gerak kerja dan kerja kuat saf Pemuda Umno Bahagian itu bagi memantapkan barisan serta menguatkan parti biarpun parti Itu kini bergelar pembangkang.


Sebelum ini, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudyaaan Malaysia (MOTAC) itu, mengumumkan keluar parti itu kerana menyifatkan Umno telah tergelincir dari landasan asal sehingga ditolak orang Melayu sendiri.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]

Wan Hisham terajui Umno Kuala Terengganu

in Politik by


KUALA TERENGGANU – Datuk Wan Hisham Wan Salleh dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu bagi sesi 2018-2021 setelah menang dalam pemilihan Umno bahagian, semalam.


Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Umno bahagian, memperoleh 524 undi, menewaskan pencabarnya yang juga bekas Naib Ketua Pemuda bahagian, Ahmad Fanizar Bani Md Tahar yang memperoleh 197 undi.


Manakala jawatan Timbalan Ketua Umno bahagian pula dimenangi bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris.

DR NAJMIL FAIZ(kiri), RAZAK(kanan)


Dr Najmil memperoleh 308 undi, mengetepikan tiga lagi pencabarnya iaitu Abdul Latif Ibrahim (199), Datuk Ibrahim Mohamad (149) dan Syed Abd Rahman Tuan Kuning (73).


Pada pemilihan sayap pada 23 Jun lalu, Dr Najmil turut dipilih sebagai Exco Pemuda Umno Malaysia dan menjadi satu-satunya wakil Terengganu yang menang bagi jawatan itu.


Setiausaha Umno Bahagian Kuala Terengganu, Razak Ali membuat kejutan apabila dipilih sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu yang baharu.


Beliau yang memperoleh 440 undi, menewaskan penyandang kerusi itu, Badrol Hisham Zaki yang meraih 229 undi.


Seramai 20 ahli jawatankuasa Umno bahagian turut dipilih iaitu Zamri Awang Hitam, Mohd Hanafiah Ismail, Mohd Murad Muda, Mohamad Arifin Othman, Ayob Mamat, Roslan Afendi Aziz, Othman Endut, Alias @ Abdul Karim Mustafa dan Fakrul Azman Abu Bakar.


Turut dipilih, Othman Ismail, Ismail Mohamad, [email protected] Normala Said, Zaki Mohd Noor, Ahmad Ali, Abdullah Safawi Awang, Mohamad Azmi Abdullah, Mohd Al Marzuki Said, Ahmad Salahuddin Mustaffa, Syed Aziz Tuan Kuning dan Zurin Abd Rahman.


Sejumlah 761 perwakilan Umno Bahagian Kuala Terengganu menunaikan tanggungjawab memilih pucuk pimpinan bahagian dan pimpinan tertinggi Umno kali ini, yang berlangsung di Primula Beach Hotel di sini, semalam.


Pengumuman keputusan rasmi pemilihan dibuat kira-kira jam 5 pagi tadi.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]

Ronaldo bersara dari pentas antarabangsa?

in Sukan by


CRISTIANO Ronaldo enggan memberi komen mengenai masa depan antarabangsanya selepas Portugal tersingkir daripada Piala Dunia apabila tewas 1-2 kepada Uruguay, awal pagi tadi.


Bintang Real Madrid itu tersingkir daripada Piala Dunia keempat dengan kekecewaan apabila dua jaringan Edinson Cavani menyaksikan Uruguay mara ke kelompok lapan terakhir.


“Kini bukan masa untuk bercakap mengenai masa depan pemain dan jurulatih,” katanya yang akan berusia 37 tahun pada Piala Dunia akan datang.


Mengulas mengenai kekalahan itu, Ronaldo akur dan yakin pasukannya akan bangkit dengan lebih kuat pada edisi akan datang.


“Kami memiliki kumpulan pemain yang menakjubkan, muda dan bercita-cita besar dan kerana itu saya rasa pasukan ini akan kekal kuat,” tambahnya.


Sementara itu, jurulatih Portugal, Fernando Santos berharap Ronaldo akan kekal sebagai sebahagian daripada pemain antarabangsa.


“Masih banyak boleh diberikan Cristiano kepada bola sepak dan saya harap dia akan kekal dan membantu pembangunan pemain muda.


“Kami ada ramai pemain muda dan sudah tentu kami semua mahukan dia berada di sana dengan kami,” ujarnya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]

Akta MKN akan dikaji semula

in Nasional by


KUAH – Kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) sedang mengkaji untuk memansuhkan beberapa undang-undang di negara ini mengikut keperluan.


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, banyak undang- undang dilaksanakan kerajaan terdahulu tidak adil kepada rakyat.


Katanya, pemansuhan undang-undang berkenaan termasuk Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 seperti dijanjikan dalam manifesto Harapan pada PRU yang lalu.


“Kerajaan sedang kaji kesan daripada banyak undang-undang yang perlu dimansuhkan kerana banyak undang-undang itu hanya menekan rakyat.


“Ia turut menghalang kebebasan bersuara, kebebasan berakhbar dan kebebasan bertindak kepada rakyat, “ katanya ketika ditemui di pejabat pusat khidmat Parlimen Langkawi di Langkawi City di sini,  hari ini bagi memantau persiapan pejabat berkenaan.


Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, ketika BN berkuasa sebagai kerajaan pada penggal lalu, mereka disekat dari pelbagai sudut.


“Dulu pun kalau parti lawan (Harapan) nak hutang bank tak boleh, macam-macam tak boleh.


“Tapi kita tak akan sekat parti lawan kita (BN) apa dia nak buat, dia buat la..,”katanya.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Nik Dir dipilih Ketua Umno Marang

in Politik by


MARANG – Datuk Nik Dir Nik Wan Ku dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Marang yang baharu menggantikan A Latiff Awang yang tidak mempertahankan jawatan itu, malam tadi.


Nik Dir yang merupakan bekas calon Dun Rhu Rendang pada PRU14 menang bergaya apabila memperoleh 803 undi, menewaskan pencabarnya, Abdul Muttalib Samion yang mendapat 130 undi.


Akar umbi yang ditemui menyifatkan kemenangan Nik Dir yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Umno bahagian kerana beliau mempunyai aura dan penyokong setianya dalam parti.


Malah, kemenangan Nik Dir sudah dijangka apabila lawannya, Muttalib sebelum ini hanya Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Marang dan mungkin dilihat masih kekurangan dari segi pengalaman.


Nik Dir akan dibantu timbalan baharu, Jasmira Othman untuk menerajui Umno Bahagian Marang seterusnya diharapkan dapat mengembalikan keyakinan ahli dan membuat perubahan dalam parti.


Jasmira yang juga bekas Ketua Pemuda Umno bahagian, mendapat 504 undi menewaskan Datuk Saiful Bahri Baharuddin yang meraih 426 undi untuk menjawat jawatan Timbalan Ketua.


Sementara itu, bekas calon Parlimen Marang, Mohamad Nor Endut pula menduduki jawatan Naib Ketua apabila meraih 602 undi setelah berjaya menewaskan A Razak Mat Amin yang hanya mendapat 316 undi.


Mohamad Nor menyifatkan misi Umno Bahagian Marang kali ini cukup besar buat pemimpin baharu dipilih kerana gerak kerja tidak boleh sama seperti sebelum ini malah operasi juga sudah pastinya berbeza.


Beliau turut merakamkan terima kasih kepada semua perwakilan terutama perwakilan dari Dun Bukit Payong yang telah memberikan mandat dan kepercayaan kepadanya sebagai Naib Ketua Umno.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]

Mas Ermieyati keluar Umno

in Politik by


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan keluar daripada Umno dan menjadi ahli parlimen bebas.


Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas melihat reaksi, sentimen dan sikap sebenar ahli Umno yang masih dalam sindrom penafian termasuk harapan untuk melihat mereka memilih sekurang-kurangnya 70 peratus muka baru yang berwibawa dalam pemilihan Umno di pelbagai peringkat tidak kesampaian.


Malah, beliau turut percaya kepimpinan sedia ada masih enggan menerima kenyataan bahawa rakyat telah menolak Umno, sebaliknya mereka beranggapan parti hanyalah mangsa kebencian rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata.


“Pemulihan apakah ini yang mahu dilakukan Umno sekiranya virus masih di biar berleluasa dan ubat terlalu pahit untuk ditelan?


“Ikhlas saya katakan Umno kebelakangan ini telah tergelincir dari landasan asal hingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Tindakan Mas Ermieyati itu juga menyaksikan kerusi BN berkurang kepada 51 kerusi selepas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Noor Azmi Ghazali turut mengumumkan keluar parti sebelum ini.


BN hanya mempunyai 54 kerusi yang dimenangi pada PRU14 9 Mei lalu selepas beberapa parti komponen keluar dari gabungan tersebut termasuk parti di Sarawak yang membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).


Mengulas lanjut, kata Mas Ermieyati, beliau selepas ini mahu menjadi penegur dan penasihat kepada pihak kerajaan tanpa terikat dengan etika ahli parlimen yang mewakili sesebuah parti.


Beliau yang juga bekas Ketua Puteri Umno berkata, tindakan keluar parti itu juga membolehkan memberi fokus sepenuhnya sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah, berbahas serta berhujah di Parlimen demi menjaga hal ehwal kebajikan dan pembangunan yang sewajarnya untuk dinikmati oleh penduduk di kawasannya itu.


“Saya mahu melindungi hak-hak rakyat Malaysia sebagai ahli dewan yang efektif serta menjadi Ahli Dewan Rakyat yang bebas melangkaui sempadan keterbatasan sebagai ahli mana-mana parti yang pastinya mengikat di sana sini.


“‘Power corrupts and absolute power corrupts absolutely’ dan berlandaskan latar belakang saya sebagai bekas peguam, saya berharap untuk membuat yang terbaik bagi rakyat Malaysia untuk memastikan badan eksekutif di pantau oleh Parlimen yang efektif,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]

Kembali UTAMA