PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

July 2018 - page 410

Lapor kepada KPDNKK, KKM jika sardin ditarik, terjual

in Nasional by


LAHAD DATU – Pengguna di Lahad Datu dinasihatkan melapor kepada pihak penguatkuasa jika terdapat lapan produk ikan sardin dalam tin yang  diarah tarik balik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih dijual di pasaran.


Ketua Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Lahad Datu, Rino Hisham Abu Bakar berkata laporan boleh disalurkan kepada pihaknya atau KKM yang seterusnya membantu melindungi pengguna.


“Pengguna juga boleh memaklumkan terus atau menegur peniaga yang mungkin terlepas pandang mengenai arahan KKM itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Baru-baru ini, KKM mengarahkan syarikat pengeluar bagi lapan produk tin ikan sardin jenama Cinta, TL Tan Lung, TLC, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy ditarik daripada pasaran kerana produk tin itu mengandungi bendasing cacing Filum Nematoda daripada Genus Anisaki.


Sementara itu, katanya hasil pemeriksaan KPDNKK ke atas 37 premis perniagaan di sekitar bandar Lahad Datu mendapati terdapat premis yang masih menjual produk berkenaan.


Sehubungan itu, Rino berkata premis berkenaan diarah serta merta untuk mengeluarkan produk itu dari rak jualan dan mengembalikan semula kepada syarikat pembekal. -Bernama

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Raja Salman setuju tingkat pengeluaran minyak

in Global by


WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT.  Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa Arab Saudi meningkatkan pengeluaran minyaknya untuk menangani kenaikan kos bahan bakar itu.


Trump dalam tweetnya berkata, beliau telah meminta Raja Salman untuk menambah pengeluaran minyak sehingga dua juta tong sehari.


“Saya meminta Arab Saudi meningkatkan pengeluaran minyak, mungkin sehingga 2,000,000 tong, bagi mengimbangi perbezaan. Harga yang tinggi! Baginda bersetuju!,” kata Trump.


Kenaikan pengeluaran itu perlu kerana pertikaian di Iran dan gangguan bekalan dari Venezuela.


Harga minyak melonjak minggu lalu selepas AS merancang untuk mengenakan sekatan semula ke atas minyak Iran.


Iran adalah pengeluar utama minyak Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).


OPEC telah bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran minyak, begitu juga Rusia tetapi ia gagal memberi jaminan kepada pasaran. – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]

Pendatang Yahudi musnahkan pokok zaitun

in Global by


BAITULMAQDIS – PALESTIN. Peneroka haram Yahudi bertindak biadab apabila membakar puluhan pokok zaitun milik petani Palestin di wilayah terkepung berhampiran Nablus di Tebing Barat, lapor Pusat Maklumat Palestin pada Jumaat.


Sumber tempatan berkata, pendatang terbabit datang dari penempatan haram Itmar.


Kehadiran sekumpulan lelaki Yahudi itu disaksikan sendiri pihak berkuasa Israel, yang bertindak memantau keselamatan mereka.


Susulan itu, petani dan bomba bergegas ke ladang zaitun tersebut bagi memadam kebakaran yang tersebar di tiga kawasan.


Sementara itu, kira-kira 800 peneroka Yahudi yang dilindungi polis Israel menceroboh perkampungan Kafl Haris di utara Salfit dan melakukan ritual mistik berhampiran makan lama.


Mereka mendakwa bahawa makam di kawasan itu milik rabai Yahudi. – Middle East Monitor


Source: SH Global

[featured-video-plus]

Penunjuk perasaan maut ditembak

in Global by


MANAGUA – NICARAGUA. Sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan maut ditembak dan 11 lagi cedera semalam, kata kumpulan hak asasi ketika beribu-ribu penunjuk perasaan berarak di seluruh negara bagi menyatakan bantahan mereka terhadap pentadbiran Presiden Daniel Ortega.


Perhimpunan yang digelar ‘Perarakan bunga’ itu bertujuan mengingati kematian kanak-kanak yang terbunuh sepanjang protes sejak dua bulan lalu.


Difahamkan, angka kematian akibat penindasan tentera kerajaan mencecah 220 orang.


Pemimpin kumpulan hak asasi CPDH, Marcos Carmona berkata, mangsa yang maut adalah seorang penjual ikan berusia 23 tahun.


“Mangsa ditembak di kepala ketika dia tersasar dari laluan yang dibenarkan,” Carmona.


Keganasan memuncak selepas rakyat Nicaragua menolak pemerintahan Ortega dan isterinya, Naib Presiden, Rosario Murillo yang dianggap bersikap autokratik. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]

Tentera Yaman bedil wilayah Hudayah

in Global by


SANAA – YAMAN. Pasukan tentera Yaman yang disokong militia Houthi telah melancarkan peluru berpandu ke wilayah Hudayah yang menjadi tapak perhimpunan tentera gabungan diketuai Arab Saudi, lewat petang semalam.


Stesen televisyen al-Masirah memetik seorang pegawai berkata, peluru berpandu balistik jarak dekat itu tepat mengenai sasaran menyebabkan kecederaan dan kerosakan pada pihak tentera gabungan.


Tentera Yaman setakat ini dilaporkan berjaya membedil kedudukan tentera gabungan di dalam wilayahnya serta di Arab Saudi. – Press TV


Source: SH Global

[featured-video-plus]

Najib ucap tahniah kepada Ahmad Zahid, Mohamad Hasan

in Politik by


KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk,  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas kejayaan dipilih menjadi Presiden Umno yang baharu bagi penggal 2018-2021.


Najib turut mengucapkan tahniah kepada Ketua Umno Bahagian Rembau dan Pengerusi Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan selepas dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno baharu semalam.


“Tiba masanya kita mengukuhkan barisan kita demi agama, bangsa dan negara ,” katanya menerusi laman Twitter hari ini.


Ahmad Zahid, yang sebelum ini naib presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden, dipilih sebagai Presiden Umno apabila mendapat 93 undi, jauh meninggalkan dua pencabar utamanya iaitu bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang memperoleh 51 undi dan veteran parti, Tengku Razaleigh Hamzah yang meraih 23 undi.


Mohamad pula dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno selepas mendapat 110 undi menewaskan Ketua Penerangan Umno merangkap Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa (47 undi) setakat semalam.


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada satu sidang media tengah malam tadi berkata senarai penuh keputusan Pemilihan Umno 2018 diumumkan hari ini.


Ini merupakan kali pertama dalam tiga dekad  jawatan presiden parti dipertandingkan.


Kali terakhir jawatan itu dipertandingkan ialah pada 1987 apabila Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu menyandang presiden parti mendapat kemenangan tipis untuk menewaskan Tengku Razaleigh dengan 43 undi. – Bernama


Source: SH Politik

[featured-video-plus]

Bau busuk bawa penemuan mayat

in Uncategorized by


TAIPING – Mayat seorang wanita dipercayai mati seminggu lalu ditemui di sebuah rumah di Taman Taikon Villa, Aulong, di sini susulan bau busuk kuat dihidu jiran berhampiran semalam.


Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, pada jam 2.20 petang, saksi kejadian yang juga rakan mangsa berkunjung ke rumah kejadian untuk berjumpa rakannya.


Menurutnya, saksi cuba memanggil mangsa berulang kali namun tiada jawapan, lalu mendorong mangsa memanjat pagar meninjau keadaan dalaman rumah mangsa.


“Saksi memaklumkan tercium bau seakan bau bangkai dari bilik utama rumah itu namun masih keliru berikutan pintu rumah mangsa berkunci.


“Saksi kemudiannya membuat laporan polis dan anggota polis yang hadir menyiasat terpaksa meminta bantuan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Taiping bagi memasuki kediaman berkenaan.


“Setelah besi tingkap utama dipotong, polis berjaya masuk ke dalam rumah berkenaan.


“Pemeriksaan lanjut mendapati mayat seorang wanita terbaring di lantai berhampiran katil dipercayai mati hampir seminggu lalu,”katanya kepada media di sini hari ini.


Mohamad berkata, siasatan pihak polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut berikutan tidak menemui unsur jenayah pada mangsa.


“Mangsa berusia 49 tahun dan mayatnya dibawa ke Hospital Taiping bedah siasat.


“Hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian disebabkan serangan jantung,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]

Yahaya dilantik Speaker Dun Terengganu

in Nasional by


KUALA TERENGGANU – Timbalan Pesuruhjaya Pas III Terengganu, Yahaya Ali dilantik menjadi Yang Dipertua Dun Terengganu yang ke-14 hari ini.


Yahaya yang merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Marang mengangkat sumpah jawatan itu dalam Persidangan Dun Terengganu ke-14 di Wisma Darul Iman kira-kira jam 9.40 pagi tadi.


Pemilihan Yahaya sebagai Speaker Dun baharu dicadang Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan disokong oleh Adun Paka, Satiful Bahri Mamat.


Jawatan Yang Dipertua Dun Terengganu pada penggal lalu dipegang Datuk Mohd Zubir Embong.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Umno mahu bangkit relevan dalam politik negara

in Politik by


KUALA LUMPUR – Presiden Umno baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemilihan terbuka adalah satu proses demokrasi yang bersejarah dan keinginan untuk bingkas segera menjadi parti yang relevan dalam arena politik tanah air.


Beliau berkata pemilihan ini merupakan proses demokrasi yang dituntut oleh semua ahli dan parti tersebut berjaya melakukannya bagi setiap peringkat jawatan, yang menyaksikan jawatan tertinggi parti dipertandingkan selepas kali terakhir pada 1987.


Ahmad Zahid, yang sebelum ini naib presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden, hari ini dipilih sebagai presiden Umno apabila mendapat 93 undi, jauh meninggalkan dua pencabar utamanya iaitu bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang memperoleh 51 undi dan veteran parti, Tengku Razaleigh Hamzah yang meraih 23 undi.


“Ini bukan kemenangan individu tetapi kemenangan kita semua, kemenangan Umno dan ahli parti. Pelawaan saya terus terbuka untuk mereka bersama-sama kepimpinan baharu bagi menterjemahkan pembaharuan Umno.


“Sesungguhnya pemilihan yang lancar ini adalah manifestasi ahli Umno yang kasihkan parti serta mahu ia terus bangkit untuk relevan dalam pentas politik tanah air. Kita sudah bergerak merakyatkan Umno,” kata Ahmad Zahid dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.


Ahmad Zahid berkata proses pemilihan kali ini yang berjalan lancar lancar juga merupakan simbol penyatuan ahli dan membuktikan mereka adalah orang Umno.


Beliau juga menyeru ahli Umno merapatkan barisan dan menjadikan parti keramat itu sebuah parti yang membela kepentingan rakyat.


“Kita akan terus bergerak seiring dan sejalan. Rakyat amat mengharapkan Umno terus memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan tanah air,” serunya.


Ahmad Zahid seterusnya menzahirkan terima kasih kepada penyokongnya dan akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) secepat mungkin bagi membincangkan pendekatan yang diambil dalam manifesto semua calon presiden. – Bernama


Source: SH Politik

[featured-video-plus]

Op Selamat: Nahas maut di Perak turun

in Uncategorized by


IPOH – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak berjaya menurunkan kadar kemalangan maut dan jumlah kematian antara 6.4 peratus hingga 14.3 peratus sepanjang Op Selamat 13 yang berakhir 22 Jun lalu.


Ketua JSPT negeri, Superintendan Ahmad Adnan Basri berkata, penurunan itu hasil pemantauan dan penguatkuasaan secara berkesan dijalankan 10 pasukan khas di 52 lokasi panas dan 14 lokasi hitam sepanjang Jalan Persekutuan yang kerap berlaku kemalangan.


Menurutnya, jumlah kemalangan menurun 25 kes kepada 1,919 berbanding 1,944 kes, tahun lepas sementara kematian merekodkan 30 mangsa, menurun lima orang berbanding tahun sebelumnya.


“Daripada 29 kes kemalangan maut, paling tinggi dicatatkan di daerah Kerian iaitu enam kes diikuti Taiping (5), Gerik (4), Ipoh dan Hilir Perak masing-masing (3), Tapah, Kuala Kangsar, Kampar (2) manakala Perak Tengah dan Selama (1).


“Kebanyakan kemalangan maut melibatkan motosikal iaitu 22 kes, kereta (4), pacuan empat roda (2), pejalan kaki dan basikal (1),” katanya kepada pemberita, semalam.


Beliau berkata, meskipun secara keseluruhan berlaku penurunan kes, namun pihaknya mengesan beberapa kawasan baru dikategorikan sebagai lokasi panas dan hitam.


Seperti di Kerian katanya, semua enam kematian dicatatakan berlaku di kawasan yang tidak dikategorikan sebagai lokasi hitam antaranya di Batu 9, Jalan Pantai Tanjung Piandang; Jalan Titi Serong-Tanjung Piandang dan Jalan Selinsing.


“Lokasi-lokasi ini akan kita berikan tumpuan untuk operasi seterusnya,” katanya.


Terdahulu, beliau ditemui sempena Op Garisan Berkembar dan Op Pandu Laju bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Tapah di KM64 dan KM78 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di Bidor.


Dalam operasi itu, sebanyak 66 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melibatkan kereta (34), kenderaan pelbagai guna (8), motosikal (7), pacuan empat roda (3), van dan jeep (1).


Ahmad Adnan berkata, operasi itu dilakukan berikutan kebimbangan kes kemalangan dan kematian melibatkan motosikal yang kerap berlaku.


“Untuk tempoh enam bulan ini, empat kes kemalangan maut telah direkodkan di laluan ini berpunca daripada sikap pemandu kenderaan yang memotong di garisan berkembar dan memandu laju,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]

Kembali UTAMA