PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

August 2018

Zoo Johor destinasi tumpuan cuti sekolah

in Edisi Johor by

JOHOR BAHRU – Apabila tiba musim cuti sekolah mahupun cuti umum, sudah pasti ibu bapa tidak akan melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti luar rumah bersama anak-anak di beberapa tempat menarik dalam negara.

Di negeri ini, Zoo Johor menjadi antara kawasan tumpuan orang ramai menjalankan aktiviti bersama-sama keluarga.

Dengan bayaran tiket serendah RM2 bagi orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak, tidak hairanlah Zoo Johor tidak pernah lengang dan sentiasa meriah dikunjungi pengunjung berbilang kaum.

Zoo Johor adalah antara zoo yang tertua di negara ini dibina sekitar tahun 1928 dan mengenakan bayaran yang paling murah serta mampu menarik lebih ramai pengunjung datang ke zoo.

Pembantu Awam Zoo Johor, Raja Zulkifli Raja Hassan berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini Zoo Johor menjadi tempat utama orang ramai untuk dikunjungi pada setiap musim cuti sekolah, hujung minggu dan cuti umum.

“Pada masa ini Zoo Johor mempunyai lebih 60 spesies haiwan yang datang dari dalam dan luar negara.

“Zoo Johor dibuka seawal jam 9 pagi hingga 6 petang, dan mampu menjanjikan pengalaman yang berbeza buat pengunjung khususnya kepada kanak-kanak,” katanya.

Raja Zulkifli berkata, walaupun tidak banyak spesies haiwan namun ia mampu memberi pengalaman kepada kanak-kanak.

Katanya, Zoo Johor dibuka setiap hari untuk pengunjung dan jualan tiket akan meningkat apabila tiba cuti umum mahupun cuti sekolah.

“Sekiranya cuti umum jualan tiket boleh mencecah sehingga lebih RM12,000 sehari bagi tiket RM2 dan RM1.

“Dengan harga tiket yang murah ia mampu menarik pengunjung khususnya ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka beriadah di Zoo Johor,” katanya.

Boleh sentuh haiwan

Raja Zulkifli berkata, apabila berkunjung di Zoo Johor pengunjung berpeluang untuk memberikan makanan yang disediakan kepada haiwan jinak seperti unta, rusa dan gajah.

Menurutnya, pengunjung mahupun kanak-kanak berpeluang menyentuh haiwan jinak tersebut dengan bantuan pekerja zoo.

“Setiap makanan yang dijual untuk haiwan dalam kadar bayaran yang berpatutan. Dan ini antara aktiviti yang pengunjung boleh lakukan di zoo selain beri pengalaman serta pendidikan kepada kanak-kanak.

“Bagaimanapun, pada masa tidak banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pihak zoo dan kebanyakannya dilaksanakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Selain itu, Raja Zulkifli berkata, pihaknya turut menerima lawatan dari beberapa NGO yang sukarela menjalankan aktiviti kesukarelaan membersihkan kandang haiwan.

Katanya, aktiviti kesukarelaan ini amat dialu-alukan oleh pihak Zoo Johor kepada NGO yang ingin melakukan aktiviti berkenaan.

Bagi seorang pengunjung, Ainaa Md Nor, 23, kunjungannya ke zoo tersebut membawa anak saudara yang pertama kali datang melihat dengan lebih dekat ratusan spesies haiwan di situ.

Menurutnya, zoo tersebut bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah dapat menambah pengetahuan buat setiap pengunjung yang berkunjung ke mari.

Katanya, infografik tentang haiwan tertentu yang diletakkan di depan kandang dan sangkar haiwan membolehkan orang ramai mengetahui dengan lebih mendalam tentang habitat berkenaan.

“Dengan berkunjung ke zoo ini, saya dapat mendidik anak saudara tentang haiwan yang terdapat di sini.

“Tambahan pula, menerusi penerangan yang diletakkan itu membolehkan saya menerangkan kepada mereka dengan lebih jelas mengenai haiwan berkenaan,” katanya.

Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]

'Jadi pelacur demi kekasih'

in Edisi Terengganu by

KUALA TERENGGANU – [DIKEMASKINI] Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menahan tiga pelacur dan dua bapa ayam warga tempatan dalam tiga serbuan di dua buah hotel mewah di bandaraya ini.

Dalam serbuan pertama kira-kira jam 6.15 petang, Selasa lalu, seorang ibu tunggal berusia 20 tahun bersama bapa ayamnya ditahan dipercayai sedang menunggu pelanggan.

Menurut sumber, siasatan mendapati wanita itu terjebak dalam dunia pelacuran sejak empat bulan lalu dan menggunakan aplikasi WeChat untuk mencari pelanggan.

“Wanita itu juga mendakwa semua urusan mencari dan mengatur pertemuan dengan pelanggan dilakukan oleh bapa ayamnya.

“Dia mendakwa bapa ayam kelulusan dalam bidang perubatan dari Jordan itu akan mengambil komisyen RM100 bagi setiap pelanggannya.

“Selain itu, bapa ayam yang beralamat di Panji Alam di sini, turut mengenakan harga antara RM250 ke RM600 bagi setiap slot perkhidmatan yang akan diberikan,” katanya.

Sumber berkata, selain wanita itu, siasatan mendapati bapa ayam yang kini merupakan pelajar Sarjana di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam, di sini, turut mempunyai ramai ‘anak ayam’ yang terdiri daripada golongan pelajar universiti dan wanita bekerjaya dalam pelbagai profesion.

Jelas sumber, serbuan kedua di hotel sama diadakan kira-kira jam 1.15 pagi, semalam, berjaya membongkar kegiatan tidak bermoral lelaki, 20-an yang sanggup menjadi bapa ayam kepada teman wanitanya, 23.

Katanya, hasil siasatan, wanita yang belum berkahwin itu mengaku terpaksa menjadi pelacur sejak awal tahun ini kerana arahan teman lelakinya dan ingin mencari duit lebih untuk membayar hutang.

“Selain mendakwa dibebani hutang yang banyak, wanita itu juga memaklumkan memilih pekerjaan sebagai pelacur kerana merasakan lebih ‘selamat’ disebabkan teman lelakinya sendiri yang bertindak sebagai ‘orang tengah’ mencari pelanggan.

“Dia mendakwa biasa teman lelakinya akan mempromosikan dirinya melalui aplikasi WeChat dengan mengenakan bayaran tempahan RM200 dan bayaran perkhidmatan RM250 yang diserahkan terus kepadanya,” katanya.

Selain itu, sumber berkata, seorang lagi wanita berusia 25 tahun dicekup dalam serbuan di sebuah hotel mewah di bandaraya ini, kira-kira jam 3.15 pagi, semalam.

Jelasnya, wanita yang berasal dari Pulau Pinang bagaimanapun mengaku melakukan sendiri dalam urusan mencari pelanggan dan tidak memerlukan khidmat bapa ayam kerana sudah lama bergiat dalam aktiviti tidak bermoral itu.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Azam Awi ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan serbuan terbabit.

Jelasnya bagi kesalahan bapa ayam, mereka boleh didakwa dibawah Seksyen 28 Muncikari ( orang tengah) yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau enam sebatan.

“Bagi ketiga-tiga wanita itu pula, mereka boleh didakwa dibawah Seksyen 25 perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau enam sebatan,” katanya.

Dalam masa sama, Mohd Azam mengingatkan kepada individu luar yang berniat hendak menjalankan aktiviti pelacuran di negeri ini agar menghentikan tujuan tersebut.

Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]

Bayi merdeka akhiri penantian empat tahun

in Edisi Terengganu by

KUALA TERENGGANU- “Inilah hadiah kesabaran kami setelah empat tahun menanti kehadiran cahaya mata,” luah Norazelina Awang Noh, 33, ibu kepada bayi merdeka terawal di negeri ini.

Wanita dari Besut itu selamat melahirkan anak pertamanya yang juga mencatatkan rekod ‘bayi merdeka’ pertama pada tahun ini, kira-kira jam 12.01 pagi di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Bayi lelaki seberat 2.7 kilogram merupakan antara 20 bayi yang dilahirkan di hospital itu pada hari ulang tahun kemerdekaan negara ke-61.

Menurut Norazelina, dia langsung tidak terfikir yang bayinya akan dilahirkan pada tarikh keramat itu kerana jangkaan sebenar dia bersalin pada 9 September depan.

Norazelina (kiri) bersama sebahagian kakitangan yang bertugas di wad Pusat Rawatan Ibu dan Bayi HSNZ, Kuala Terengganu.

“Sepatutnya saya diarahkan masuk wad 1 September ini (esok) untuk dipantau terlebih dahulu kerana masalah kesihatan yang dihidapi.

“Bagaimanapun, semalam saya mula sakit sebelum suami (Zainudin Ariffin) hantar ke Hospital Setiu tetapi disebabkan rekod kesihatan sedia ada, saya dirujuk ke sini (HSNZ).

“Saya dikejarkan ke bilik bersalin pada jam 4 petang semalam, dan tak sangka selepas hampir sembilan jam menahan sakit, saya berjaya bersalin secara normal,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohd Jusoh berkata, Hari Kebangsaan kali ini menyaksikan 30 kelahiran ‘bayi merdeka’ di negeri itu sejak 12 tengah malam hingga 12 tengah hari tadi.

Menurutnya, di HSNZ, 20 kelahiran (12 bayi lelaki dan 8 bayi perempuan), di Hospital Kemaman empat kelahiran (seorang bayi lelaki dan tiga bayi perempuan), Hospital Dungun dan Hospital Besut tiga kelahiran (seorang bayi lelaki dan dua bayi perempuan) direkodkan manakala Hospital Setiu dan Hulu Terengganu tiada kelahiran direkodkan.

Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]

'Exco ketuk pintu rumah mak nyah'

in Edisi Terengganu by

MARANG – Kerajaan Terengganu terus komited dalam membantu golongan mak nyah di negeri itu menerusi program pemulihan agar mereka dapat kembali semula kepada fitrah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, pada program kali pertama sebelum ini ada di antara mak nyah berjaya menunjukkan perubahan.

“Walaupun tidak berubah sepenuhnya, ada beberapa daripada 100 orang mak nyah yang mengikuti sesi pertama program pemulihan sudah berubah.

“Kita faham bukan mudah berubah kerana kebanyakan mereka sudah menjadi mak nyah dalam tempoh lama, mungkin berpuluh tahun namun kita akan terus membuat pemantauan,” katanya selepas berakhir Program Sekuntum Impian Sejambak Harapan di sini, semalam.

Antara pengisian program tiga hari itu ialah aktiviti kerohanian seperti qiamullail, kuliah agama, penerangan mengenai peluang-peluang kursus kemahiran bagi peserta mengubah gaya hidup mereka.

Beliau berkata, hasil daripada program tersebut juga, rekod penangkapan bagi kes mak nyah di negeri itu jatuh mendadak yang mungkin kerana kesedaran tentang keburukan aktiviti songsang.

Menurutnya, kerajaan negeri membuka pintu seluasnya kepada golongan itu untuk mengubah diri ke jalan benar, sebagaimana mereka yang tergelincir cara hidup akibat dadah dan sebagainya.

“Kerajaan menganggap mereka ini mesti diberi peluang sama kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Malah, kesungguhan exco kerajaan negeri itu terbukti apabila sanggup turun padang, mengetuk pintu rumah mak nyah di bandar raya Kuala Terengganu untuk bertemu dan berbincang sebelum program itu diadakan.

Perkara itu didedahkan seorang mak nyah ‘senior’ dikenali sebagai Lisa yang merupakan salah seorang daripada 18 peserta yang menyertai Program Sekuntum Impian Sejambak Harapan siri kedua itu.

Bagaimanapun, ‘kemesraan’ ditunjukkan exco kerajaan negeri itu tidak sama sekali bermaksud Kerajaan Terengganu membuka pintu kepada isu-isu lain seperti hak sama rata atau semaksud dengannya.

Mohd Nor berkata, jika kumpulan mak nyah ditahan ketika melakukan kesalahan atau didapati bersalah oleh pihak berkuasa, mereka tetap akan dikenakan tindakan tanpa sebarang kompromi.

Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]

Bersatu Sarawak kini ada 19,868 ahli tidak berdaftar

in Edisi Sabah Sarawak by

KUCHING – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) setakat semalam telah mengumpul 19, 868 borang permohonan daripada mereka yang berminat di kesemua 31 bahagian Parlimen Sarawak, kata Jurucakap Bersatu Affendi Jeman.

Beliau berkata meskipun penyertaan itu belum diproses, namun semangat ditunjukkan ketika ini memperlihatkan kesemua mereka mahu bersama Bersatu sebagai tanda sokongan rakyat Sarawak terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Bersatu.

“Keyakinan kami berpadukan majoriti rakyat Sarawak yang mahu melihat perubahan landskap politik negeri dan Bersatu adalah platform tepat untuk melakukannya. Sebagai tanda terima kasih kepada Tun M, pemimpin yang peduli rakyat dan bersedia menerima rintihan serta gesaan rakyat, kami akan menggandakan usaha mencapai sasaran 50,000 ahli pada penghujung tahun ini,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Cawangan Bersatu Petra Jaya ditemui semasa sidang media Penubuhan Jawatankuasa Portem 31 Bahagian Bersatu Sarawak di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) yang dijangka berlangsung pada 2021, Bersatu Sarawak turut menyasarkan penyertaan keanggotaan lebih daripada 200,000.

Kali terakhir PRN Sarawak adalah pada 2016, yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) Sarawak menang 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan dan kini dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS), dipengerusikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Adalah menjadi harapan kami agar Tun Dr Mahathir tidak menghampakan rakyat Sarawak yang tegas untuk bersama Bersatu. Menjelang hujung tahun ini juga, beliau boleh melancarkan parti Bersatu di Sarawak sebelum berakhirnya tempoh pembubaran Dun  kelak,” katanya.

Menurut laporan akhbar Utusan Borneo pada 7 Julai lepas, Ketua Penaja Bersatu Sarawak Shariff Busrah mendakwa PPBM Sarawak telah mempunyai 3,777 ahli berdaftar di  Kuching. – Bernama

Source: SH Edisi Sabah Sarawak

Padah cuba seludup keluar tong gas ke Indonesia

in Edisi Sabah Sarawak by

TAWAU – Pasukan Polis Marin Tawau menahan seorang lelaki tempatan selepas cuba menyeludup keluar 25 tong gas ke Indonesia menggunakan sebuah bot menerusi laut Muara Sungai Pukul dekat sini, hari ini.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4 Tawau, DSP Mohd Nazri Ibrahim berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan susulan bot laju membawa barangan seludup itu dipintas bot polis yang menjalankan rondaan tugas Ops Gelora pada pukul 3.45 petang.

“Hasil pemeriksaan di ruang bot berkenaan, ditemui 16 tong gas jenama Petronas (RM4,000) dan sembilan tong gas jenama MyGaz (RM2,250) dalam bot berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Nazri berkata, ekoran itu pemeriksaan lanjut dilakukan dan juragan  gagal menunjukkan sebarang dokumen  yang sah dari pihak berkuasa untuk membawa barangan kawalan tersebut.

Beliau berkata lelaki tersebut dan hasil rampasan dibawa ke Pangkalan Polis MarinTawau untuk tindakan lanjut.- Bernama

Suami ditahan bantu siasatan kematian isteri

in Edisi Sabah Sarawak by

KOTA KINABALU – Polis menahan seorang lelaki berumur 56 tahun hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang wanita berumur 67 tahun di Kampung Kopungit, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji dalam kenyataannya malam ini berkata, lelaki berkenaan yang juga suami kepada mangsa ditahan kira-kira pukul 2 petang, tadi.

Semalam, suspek membuat laporan polis pada pukul 10.21 malam yang menyatakan isterinya telah meninggal dunia.

Menurut Habibi lelaki berkenaan membuat laporan polis untuk menuntut mayat isterinya bagi tujuan pengebumian dan supaya dapat dirujuk kepada pihak berkenaan bagi mendapatkan sijil kematian.

“Pemeriksaan awal yang dilakukan ke atas fizikal mayat mangsa mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian badan. Oleh yang demikian, siasatan awal diklasifikasikan kes mati mengejut (SDR).

Setelah proses bedah siasat dijalankan ke atas mangsa oleh pegawai perubatan pada jam 10.30 pagi tadi…punca kematian adalah disyaki akibat perbuatan jenayah. Oleh kerana itu, siasatan telah diklasifikasi  semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut Habibi pihaknya akan memohon untuk menahan reman suspek esok. – Bernama

1 2 3 404
Kembali UTAMA