Adun Sukau keluar Umno

in Edisi Sabah Sarawak by


KOTA KINABALU – Adun Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman hari ini mengumumkan keluar Umno serta BN dan akan menjadi Adun bebas berkuat kuasa serta merta.


“Saya akan menjadi Adun pembangkang bebas yang konstruktif serta menjadi penimbang tara sesuai dengan politik masa kini,” katanya dalam kenyataan di sini.


Saddi mengucapkan terima kasih kepada bekas presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan bekas pengerusi badan perhubungan Umno Sabah Tan Sri Musa Aman atas peluang diberikan bagi mencurah bakti kepada rakyat di Dun Sukau sejak PRU12.


Dalam pada itu, Saddi berkata beliau menyokong mana-mana parti politik berasaskan parti tempatan yang memperjuang isu Perjanjian Malaysia 1963 termasuk tuntutan royalti minyak dan gas yang adil kepada Sabah daripada kerajaan Persekutuan untuk kesejahteraan rakyat di negeri ini.


Saddi juga berharap rakyat Dun Sukau yang telah memilih beliau pada PRU14 dapat terus bekerja sama dengannya. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]