Beri Azmin ruang buat keputusan: Anwar

in Politik by


KOTA RAJA – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar memberi ruang kepada Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam membuat keputusan untuk  bertanding pada pemilihan parti itu.


Katanya, Azmin belum membuat keputusan kerusi mana yang mahu ditandingi jadi adalah lebih elok agar tidak diwujudkan sebarang spekulasi.


“Dia (Azmin) tidak kata apa-apa pun lagi. Tunggulah, bagilah ruang dia fikir, bincang,” katanya ringas kepada Sinar Harian.


Beliau berkata demikian bagi menjawab desa desus yang mendakwa bahawa Azmin bakal bertanding kerusi Presiden PKR.


Pemilihan PKR akan dilangsungkan pada Ogos ini.


Azmin sebelum ini berkata, beliau belum membuat ketetapan jawatan yang akan dipertandingkan dalam pemilihan parti itu Ogos ini.


“Saya masih tumpu pada gerak kerja Sungai Kandis dan perbahasan dalam Parlimen.


“Kerana itu tanggungjawab saya sebagai ahli jemaah menteri dan timbalan presiden parti untuk pastikan calon kita menang dengan majoriti lebih besar,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]