BN parti 'gentleman' di dunia

in Politik by


SHAH ALAM – Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan BN parti yang paling ‘gentleman’ di dunia.


Ini kerana menurut ahli Parlimen Ketereh itu, BN tidak mengikat pemimpinnya dengan pelbagai ikatan.


“BN parti gentleman di dunia, kalau PKR ia kena bayar RM10 juta , Bersatu RM20 juta , Pas juga dengan bai’ahnya, BN tak ikat dengan apa-apa pun saya tahu saya SU, tiada surat tiada ikatan itu,” katanya dalam ceramah khas di sini malam ini.


Dalam pada itu katanya, antara sifat gentleman BN adalah tidak ‘buat hal’ ketika kalah pada PRU14 lalu.


“Satu fakta tengah malam ketika kita kalah walaupun ada pelbagai opsyen Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ambil keputusan berlapang dada, kita tak tarik rakyat ke jalan raya.


“Kita tak tuduh SPR, kita bersama rakyat lalui perjalanan di bawah kerajaan baharu,” katanya.


Jelasnya, jika negara lain pasti akan berlaku pertumpahan darah seandainya peralihan kuasa berlaku.


“Dalam negara lain pertumpahan darah akan berlaku apatah lagi PH tak menang besar di Perak, Kedah Melaka, Johor di sana sama-sama kuat,” katanya.


Pada PRU14 lalu, PH buat pertama kali berjaya merampas Putrajaya daripada tangan BN.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]