Dapur MRSM Taiping ditutup untuk siasatan

in Nasional by


IPOH – Premis dapur asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping diarah tutup bagi membantu siasatan berhubung kes keracunan makanan melibatkan pelajar sekolah itu, hari ini.


Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ding Lay Ming berkata, arahan penutupan itu dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang Selama mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.


Bagaimanapun menurutnya, punca keracunan makanan dalam wabak ini masih dalam siasatan.


“Hasil siasatan dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah, terdapat 103 orang pelajar mengalami gejala sakit perut, cirit-birit dan muntah.


“Rawatan awal telah diberikan kepada pelajar dan mereka yang memerlukan rawatan lanjut dibawa ke Hospital Taiping,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.


Beliau berkata, semua kes diberikan rawatan sebagai pesakit luar dan tiada yang dimasukkan ke wad.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]