Ibu tunggal hilang pendapatan, kedai terbakar

in Edisi by


TRIANG – Hasrat seorang pengusaha masakan panas untuk kembali berniaga selepas berehat sejak Ramadan lalu tak kesampaian selepas kedai makan miliknya musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi di Kampung Kuala Triang,Bera itu,kedai makan berkenaan musnah hampir keseluruhannya..


Mangsa,Apuan Janal,57 memberitahu, ketika kejadian dia berada di rumahnya berhampiran pam pasir, Kuala Triang dan dimaklumkan oleh penduduk kampung tersebut.


Menurutnya, sebaik dimaklumkan dia bergegas ke lokasi tersebut namun hanya mampu melihat api marak.

Anggota bomba yang terlibat dalam operasi pemadaman di kedai makan tersebut.


“Sebenarnya,saya baru bercadang nak kembali berniaga minggu depan selepas berehat dan menutup operasi di kedai itu sejak Ramadan lalu.


“Semua barangan sudah dibeli dan diletakkan dalam kedai tetapi semuanya musnah,” katanya kepada Sinar Harian.


Menurutnya,dia berniaga di kedai terbabit sejak 2014.


Bagaimanapun, Apuan akur nasib yang menimpanya walaupun buntu memikirkan perancangannya selepas ini.

Hajat Apuan untuk kembali berniaga tak kesampaian selepas kedai makan milknya musnah akibat kebakaran awal pagi semalam.


Ibu tunggal empat anak itu tetap bersyukur kerana tidak membabitkan sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan walaupun hilang sumber pendapatan.


“Anggaran kerugian keseluruhan kira-kira RM30,000 termasuk kedai dan barangan,”katanya.


Sementara itu,api berjaya dikawal kira-kira jam 4.10 pagi selepas tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang terlibat dalam operasi pemadaman tersebut.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]