Kami lebih tahu apa yang kami lalui: Zara Zya

in Hiburan by
Zara bersama kekasihnya Hafreez Adam

Kami lebih tahu apa yang kami lalui: Zara Zya


SUDAH  tentu saya terkejut apabila menerima Direct Messenger (DM) yang mengatakan perkara tidak baik terhadap hubungan saya dengan Hafreez Adam.  Kenapa orang itu perlu berkata kasar?


“Jadi sebab itulah saya naikkan status orang tersebut di laman sosial saya supaya jangan ingat saya nak berdiam diri, sesuka hati cakap begitu pada saya,” ujar Zara.


Pelakon dan penyanyi ini berkata begitu ketika menjawab soalan mengenai pengikutnya yang menghantar DM mengatakan pelbagai perkara yang tidak baik tentang hubungannya dengan pelakon Hafreez Adam.


“Adam gelak jer, katanya benda-benda yang tak sihat macam ini buat apa nak ambil port.  Benda itu tak betul.  Kami lebih tahu apa yang kami lalui.  Orang itu mungkin nak menyakiti hati kami agaknya.


“Benda-benda ini tak terkesan pun sebab benda kecil, tak stress, normal, orang dengki.


“Nasihat Zara untuk orang itu, janganlah nak fikir buruk fasal orang lain sahaja.  Fikir fasal diri sendiri, buat apa nak dengki-dengki.


“Tak sure dia suka Adam ke?  Nak sakitkan hati saya?  Ini baru bercinta, dah kahwin nanti lagi banyak dugaan yang maha hebat.  Ini dugaan kecil sahaja,” ujar Zara positif.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]