Khazanah lantik pengarah urusan dalam masa terdekat

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) akan melantik Pengarah Urusan baharu dalam masa terdekat.


Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pelantikan itu bagi memastikan agenda Khazanah untuk menjaga kepentingan aset strategik negara diteruskan.


“Sudah tentu yang dilantik adalah dalam kalangan mereka yang berpengalaman luas dalam bidang korporat serta mempunyai wibawa dan integriti.


“Ini semua diambil kira dan akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.


Dalam pada itu, Mohamed Azmin menyifatkan cadangan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Itam) agar Menteri Kewangan dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Khazanah sebagai satu bentuk provokasi.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Lantik Menteri Kewangan sebagai lembaga pengarah ]


Katanya, beliau telah menjelaskan peranan Khazanah yang ditubuhkan melalui Akta Syarikat pada 1993 adalah untuk menguasai aset strategik kerajaan yang dulunya berada di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan.


Menurutnya, tidak timbul soal saranan Ka Siong untuk buat provokasi kerana keputusan yang diambil oleh Perdana Menteri satu keputusan yang tepat dan jelas demi kepentingan negara


“Tetapi oleh kerana kerajaan pada masa itu melihat keperluan untuk pengurusan dan tatacara yang lebih efektif dan profesional, maka dipindahkan di bawah Khazanah termasuk TNB, Telekom dan syarikat utiliti lain. Sudah tentu apabila aset strategik negara ini dipindahkan kepada Khazanah, maka peranan Perdana Menteri untuk memastikan aset strategik ini dapat ditadbir dengan bertanggungjawab.


“Sebab itu pengerusi Khazanah adalah Perdana Menteri dan ia telah dilaksanakan sekian lama tetapi pengurusan eksekutif itu masih di bawah bidang kuasa kumpulan profesional,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]