Kontrak kepada Opcom diputuskan sebelum PRU14: TM

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia (TM) menjelaskan kontrak pemasangan dan pemulihan jalur lebar yang dianugerahkan kepada firma milik Tan Sri Mokhzani Mahathir, Opcom Holdings Bhd dilakukan melalui tender terbuka dan telah diputuskan sebelum PRU14.


Menurutnya, tender kontrak itu bermula pada Januari dan proses penilaian tamat pada bulan April.


“Lembaga pengarah TM meluluskan penganugerahan kontrak dalam mesyuarat yang diadakan pada 24 April.


“Opcom adalah antara 19 kontraktor yang dianugerahkan kontrak selama 17 bulan, bermula pada 2 Julai,” katanya dipetik daripada portal Malaysiakini.


Media sebelum ini melaporkan Opcom Holdings yang dipengerusikan oleh Mokhzani memperoleh kontrak bernilai RM11.16 juta daripada TM beberapa hari selepas PRU14.


Kontrak yang bermula dari 2 Julai tahun ini sehingga 31 Disember 2019 adalah bagi kerja-kerja pemasangan dan pemulihan perkhidmatan Unifi


[ARTIKEL BERKAITAN : Minta TM serah laporan kontrak syarikat Mokhzani]


TM juga menegaskan TM mengamalkan proses pemerolehan yang mantap serta telus dan syarikat itu mempertahankan kod tingkah laku yang tinggi dalam tadbir urus korporat dan integriti selain menambah baik secara berterusan dalam mematuhi amalan terbaik industri.


“Kami komited untuk mengekalkan tahap integriti, ketelusan dan akauntabiliti tertinggi dalam menjalankan perniagaan dan operasi kami,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]