LZNK agih bantuan RM78,700

in Edisi Utara by


SIK – Sebanyak RM78,700 diagihkan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) diagihkan kepada 322 penerima di Masjid An Naim Kampung Namek dalam majlis agihan bantuan kewangan, kelmarin.


Pegawai LZNK Sik, Mohd Khairul Nizam Abd Aziz berkata,  dalam program itu, LZNK juga menjalankan bancian semula ke atas 800 penerima bantuan di daerah ini.


Menurutnya, ia bagi memastikan setiap maklumat penerima dikemaskini.


“Maklumat perlu dikemaskini memandangkan sistem had kifayah telah dilancarkan bagi menentukan kelayakan setiap permohonan bantuan zakat,” katanya.


Menurutnya, urusan permohonan itu dibantu seramai 30 penolong amil yang di lantik LZNK di Sik.


“Masyarakat juga digalakkan berkongsi¬† maklumat tentang golongan asnaf di kariah masing-masing kepada pihak zakat,” katanya.

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]