Mana bukti duit dalam akaun saya?

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan dakwaan memiliki wang dalam akaun luar negara sebagai permainan politik menjelang pemilihan parti.


Menurut Mohamed Azmin, beliau telah melalui perkara seumpama itu sebelum ini.


“Saya yakin ini adalah permainan politik menjelang pemilihan parti.  Saya dah lalui semua ujian ini dan jelas matlamat saya berada di sini untuk bawa aspirasi rakyat,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.


Sebelum ini, sebuah blog mendakwa Mohamed Azmin memiliki sekurang-kurangnya RM300 juta yang disimpan dalam akaun di beberapa buah negara.


Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu turut mencabar pihak yang menuduh agar tampil dengan bukti.


“Saya sudah sebut banyak kali kemukakan semua bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kita ada agensi yang boleh jalankan siasatan dan serahkan kepada SPRM untuk jalankan siasatan.


“Jangan jadi dayus buat fitnah dan tohmahan seperti ini,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]