McDonald's perkenal aplikasi McDelivery

in Bisnes by


MCDONALD’S Malaysia meluaskan rangkaian perkhidmatan penghantaran McDelivery menerusi aplikasi mudah alih baharu McDelivery yang boleh dimuat turun menerusi App Store atau Google Play Store.


Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, kerjasama dengan foodpanda dalam satu pakatan perkongsian strategik itu membolehkan pelanggan memesan makanan pada bila-bila masa dalam tempoh 24 jam.


“Dengan perluasan rangkaian McDelivery dan kerjasama dengan foodpanda, Mcdonald’s menjangkakan kenaikan ketara sumbangan hasil McDelivery.


“Untuk tempoh antara Januari hingga Jun 2018, Mcdelivery sudah pun mencatat kadar pertumbuhan 80 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas,” katanya.


Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kerjasama strategik McDonald’s Malaysia dan foodpanda di Petaling Jaya.


Tambah Melati, aplikasi McDelivery bukan sekadar membuat pesanan makanan, tetapi pelanggan boleh membuat pesanan untuk majlis hari jadi, mencari lokasi restoran, permohonan pekerjaan, berita dan maklumat terkini dari McDonald’s.


“Fungsi baharu ini membuktikan bahawa aplikasi direka bentuk sebagai ‘pusat setempat’ untuk menyenangkan pelanggan yang sentiasa sibuk menerusi penghantaran 24 jam sehari.


“Sebagai sebahagian daripada rancangan perluasan ini, kami juga komited  mencuba saluran yang belum diterokai dengan menyediakan lebih 310 titik penghantaran menjelang akhir tahun ini,” katanya sambil memberitahu, strategi jangka panjang McDonald’s berhasrat melengkapkan sekurang-kurangnya 90 peratus restoran dengan penghantaran McDelivery menjelang 2025.     

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]