Minta TM serah laporan kontrak syarikat Mokhzani

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo meminta Telekom Malaysia (TM) memberi laporan berhubung pemberian kontrak kepada sebuah syarikat yang dipengerusikan Tan Sri Mokhzani Tun Dr Mahathir.


“Saya telah minta satu laporan daripada TM, bila saya dapat laporan itu saya akan keluarkan kenyataan. Saya telah minta hari ini dan arahkan supaya satu laporan dihantar kepada saya berkenaan perkara ini,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.


Media sebelum ini melaporkan Opcom Holdings yang dipengerusikan oleh Mokhzani memperoleh kontrak bernilai RM11.16 juta daripada TM beberapa hari selepas PRU14.


Kontrak yang bermula dari 2 Julai tahun ini sehingga 31 Disember 2019 adalah bagi kerja-kerja pemasangan dan pemulihan perkhidmatan Unifi. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]