'Pas sokong Umno bukan pelik'

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM – Keputusan Pas menyatakan sokongan terbuka kepada Umno-BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Kandis bukan perkara pelik.


Timbalan Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Adnan Seman berkata, pimpinan Pas hanya memberi keputusan jelas kepada ahlinya di Dun Sungai Kandis.


“Saya di pihak Umno mengucapkan terima kasih kepada Pas kerana membuat kenyataan secara terbuka menyokong calon kita.


“Untuk Pas menyokong Umno di PRK Sungai Kandis ini bukan benda yang pelik, Pas mahu menjatuhkan PH begitu juga Umno.


“Pas perlu memberi keputusan kepada pengundi Pas di Sungai Kandis untuk undi siapa dan Pas sudah memberi mesej yang jelas untuk mengundi Umno. Ini satu mesej kepada PH bahawa mereka perlu melakukan lebih baik,” katanya ketika siaran langsung Diskusi N49, semalam.


Dalam pada itu, beliau menyifatkan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam sebagai calon yang unik.


“Beliau pernah berada dalam perjuangan reformasi dan kembali bersama Umno. Beliau merupakan calon yang unik dan sangat sesuai diletakkan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.


“Memang kita tahu kemenangan Umno tak beri apa-apa kesan, PH masih lagi memerintah tapi rakyat perlu menghantar mesej ini,” katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]