Perjuangan tanpa noktah buat Mustafar

in Nasional by


PUTRAJAYA – Hari ini, tanggal 1 Ogos memberi makna yang cukup besar buat Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.


Dua tahun lalu, Mustafar melangkah ke episod baharu dalam kerjayanya.


Dari bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beliau berpindah ke bangunan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).


Mustafar yang merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM ketika itu, ditempatkan sebagai Ketua Pengarah Imigresen mulai 1 Ogos 2016 bagi menggantikan Datuk Seri Sakib Kusmi yang ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam.


[ARTIKEL BERKAITAN : Dzulkifli, Mustafar akan jalan tanggungjawab]


Berkonsi kenangan dalam bingkisan bertajuk ‘Perjuangan Tanpa Noktah’, Mustafar menjelaskan terasa baharu sahaja berkhidmat bersama JIM sedangkan sudah menjangkau dua tahun perkhidmatannya.


“Hari ini genap dua tahun saya diamanahkan untuk menerajui JIM. Terasa baharu saja beberapa hari saya bersama sebuah keluarga besar JIM menggalas kudrat dan usaha merancang, berjuang dan berkorban demi negara tercinta,” katanya hari ini.


Biarpun masih baharu, Mustafar menegaskan masih banyak gerak kerja dan tindakan Transformasi Melestarikan Kecemerlangan perlu di wacana.


“Banyak lagi ketetapan berjuang berlandaskan Kedaulatan dan Keselamatan Tanpa Kompromi perlu dilaksana,” katanya.


Beliau yang memiliki personaliti yang sopan ketika bertutur namun tegas itu turut menyeru supaya anak buahnya bersama-sama mewujudkan kesepaduan dan permuafakatan demi memacu kegemilangan dan meletakkan Imigresen Malaysia terunggul di persada Dunia.


“Bersama menentukan Malaysia gemilang dan sentiasa dalam lembayung pemeliharaan ALLAH. Bersama kita daulatkan ketaatan dan kesetiaan kepada raja dan negara. Bersama kita bergerak megah, maju dan berjaya diterajui kepimpinan berjasa,” katanya.


Diakhir bingkisan itu, Mustafar turut menulis;


Bersama kita serlahkan.


Semalam adalah kenangan.


Hari ini adalah perjuangan.


Esok adalah harapan.


Dalam wawancara bersama Sinar Harian baru-baru ini, Mustafar menegaskan JIM akan berusaha dengan menerapkan semangat kemerdekaan dengan ‘memerdekakan’ negara dari elemen orang asing yang cuba menerobos dan mengkotak-katikkan negara.


[ARTIKEL BERKAITAN : ‘Merdekakan negara daripada Pati’]


 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]