Pilihan raya presiden Afghanistan ditetap 20 April depan

in Global by


KABUL – AFGHANISTAN. Tarikh pilihan raya presiden Afghanistan ditetapkan pada 20 April depan, di saat peningkatan serangan pemberontak yang mampu menjejaskan proses pengundian.


Pengumuman tarikh pilihan raya itu dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas, Abdul Badi Sayad yang turut mengesahkan ia diadakan selepas mengambil kira aspek keselamatan dan beberapa faktor lain.


Menurut suruhanjaya itu, sembilan juta pengundi, termasuk tiga juta wanita sudah mendaftar sejak proses daftar pemilih dibuka pada April lalu.


Tarikh itu adalah enam bulan selepas berlangsungnya pilihan raya Parlimen yang dijadualkan pada 20 Oktober ini.


Sementara itu, Presiden Ashraf Ghani diramal bakal bertanding bagi penggal seterusnya.- AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]