Sedia bawa isu jemaah haji tajaan 1MDB ke Kabinet

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali bersedia membawa rayuan untuk membenarkan 1,200 calon jemaah haji yang dipilih menerusi Program Khas Haji tajaan Yayasan 1Malaysian Development Berhad (1MDB) meneruskan ibadah itu tahun ini menggunakan simpanan sendiri.


Menurutnya, perkara itu akan cuba diusulkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk dipertimbangkannya.


“Maklumat yang saya perolehi, kerajaan memutuskan supaya 1200 calon ini tidak boleh meneruskan program tersebut kerana pembiayaannya adalah daripada sumber yang haram. Jadi tak bolehlah mereka tunaikan ibadat haji daripada sumber itu.


“Tapi sekiranya jaminan diberikan bahawa mereka hanya akan menggunakan simpanan sendiri tanpa dibiayai oleh sumber haram daripada Umno, maka saya bersedia membawa rayuan ini kepada pihak yang bertanggungjawab,” katanya ketika ucapan penggulungan ke atas Perbahasan Titah Diraja, di Parlimen, hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN : Program Khas Haji tajaan Yayasan 1MDB tidak diteruskan]


Kenyataan ini dibuat apabila Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim membuat rayuan supaya 1200 calon jemaah haji yang dipilih menerusi Program Khas Haji tajaan Yayasan 1MDB dapat meneruskan ibadat itu menggunakan simpanan sendiri.


“Saya pohon, demi kelangsungan tuntutan rukun Islam ke lima, perkara ini dibawa ke Mesyuarat Kabinet untuk memberi peluang kepada 1,200 calon ini yang mana mereka mampu keluarkan wang sendiri.


“Untuk pengetahuan menteri, kuota ini bukan sedia ada iaitu 30250 tapi tapi kuota tambahan khas kepada mereka,” katanya.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]