Terapkan aspek perumahan, sosial di peringkat sekolah

in Nasional by


SHAH ALAM – Sudah tiba masanya kerajaan memikirkan cadangan untuk memasukkan aspek perumahan, sosial dan masyarakat di peringkat sekolah.


Cadangan itu dikemukakan Pensyarah Kanan Jabatan Harta Tanah, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Hishamuddin Mohd Ali dalam Wacana Sinar Harian ke-67 bertajuk Mampukah Kerajaan Selesai Isu Perumahan?, yang berlangsung di Dewan Karangkraf di sini, hari ini.


Beliau berkata, cadangan itu boleh membantu dalam mengatasi masalah sosial terutama di rumah berkepadatan tinggi.


“Kalau kita mulakan dari awal, mereka yang ada dalam usia remaja dan bekerja, tiada lagi masalah (sosial di rumah berkepadatan tinggi) ini,” katanya.


AKAN MENYUSUL


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]