TNB terima anugerah Geospatial Kebangsaan

in Bisnes by


PROJEK  Geospatial Information System (GIS) Bahagian Pembahagian, Tenaga Nasional Berhad (TNB), telah dinobatkan Anugerah Kecemerlangan Geospatial pada Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) kelapan, baru-baru ini.


Penyertaan bertajuk ‘Memperkasakan Projek GIS di Bahagian Pembahagian TNB ke Arah Grid of The Future’,  mengandungi pelaksanaan sistem untuk dikembangkan sehingga meliputi lebih 76,000 pencawang dan 1.3 juta kilometer talian kabel elektrik.


GIS Pembahagian itu telah dilancarkan tahun lalu, bagi membolehkan urusan menganalisis, menyimpan, memanipulasi dan menggambarkan maklumat dalam bentuk spatial di atas peta, sekali gus meningkatkan kecekapan perkhidmatan.


Anugerah telah itu disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (NRE), Datuk Seri Azizan Ahmad kepada Ketua Projek GIS Distribution, Fazilah Mat Yatim pada simposium di PICC, bertemakan ‘Inovasi Geospatial ke Arah Wawasan Negara’.            

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]