'Tolong hentikan tuduhan'

in Edisi Selangor KL by


SABAK BERNAM – Seorang pemilik trak penunda yang mendakwa kereta Toyota Wish miliknya terlibat dalam kemalangan semalam, mengakui berlaku kesilapan teknikal ketika ditemu bual wartawan Sinar Harian.


Kosnon Tarimo, 32, berkata, dia dan ahli keluarga lain tidak menyangka laporan itu mengundang perasaan tidak puas dan kecaman pihak tertentu di media sosial Facebook Sinar Harian Edisi Selangor/Kuala Lumpur.


“Laporan video yang disiarkan itu adalah kenyataan peribadi saya sendiri dan ahli keluarga kami tidak ada sebarang masalah dengan laporan terbabit .


“Saya selaku wakil keluarga memohon pihak berkaitan yang cuba menimbulkan provokasi ini, hentikan sebarang kenyataan yang tidak menggambarkan pendirian pihak kami,” katanya.


Malah, katanya, isu siapa pemilik sebenar kenderaan itu tidak timbul dan bersyukur kedua mangsa selamat dalam kejadian itu.


“Kami berharap, pihak yang tiada kaitan dengan keluarga kami untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan sedia ada.


“Apa yang disiarkan itu tidak dimanipulasi wartawan terbabit,” katanya.


Terdahulu, laporan akhbar Sinar Harian memetik kenyataan Kosnon yang bersyukur anak saudaranya selamat dalam kemalangan merempuh lampu isyarat sebelum kenderaan dinaiki terjunam ke dalam parit.


Ayu Nazira Hasib, 24, dan suaminya yang juga pemandu kereta Toyota Wish, Nurul Amin Md Radzhi, 30, terlibat dalam insiden itu sewaktu hendak menziarahi ibu Kosnon yang meninggal dunia, semalam.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]