Dua pegawai Turki dikenakan sekatan AS

in Global by


WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT . Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) menguatkuasakan sekatan ke atas dua pegawai Turki atas penahanan paderi Andrew Brunson.


Setiausaha akhbar Rumah Putih, Sarah Sanders membuat pengumuman itu semalam, sambil menegaskan  penahanan Brunson tidak adil.


“Kami tidak melihat bukti bahawa Brunson telah melakukan apa-apa kesalahan,” katanya.


Washington sebelum ini tidak senang dengan keputusan Turki untuk terus menahan paderi dari Utara Carolina itu, sambil menambah Presiden Donald Trump telah membangkitkan perkara berkenaan beberapa kali dengan rakan sejawatannya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan.


Sekatan ke atas dua pegawai terbabit, Menteri Kehakiman Abdulhamit Gul dan Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu mencakupi pembekuan harta yang mungkin dimiliki di AS.


Sekatan lain termasuklah larangan berurusan dengan kedua-dua pegawai terbabit.


Bulan lalu, Timbalan Presiden AS, Mike Pence mengancam untuk mengenakan sekatan terhadap Turki sekiranya Ankara tidak membebaskan Brunson.


BBC melaporkan, Brunson sudah ditahan di Turki selama dua tahun kerana didakwa terlibat dengan parti politik yang diharamkan.


Sehubungan itu, Trump menggesa supaya Turki membebaskan paderi tersebut dengan segera atau Ankara bakal berdepan dengan sekatan besar. – Press TV


Source: SH Global

[featured-video-plus]