Dynas Mokhtar perlukan sedikit masa lagi

in Hiburan by
Pelakon, Dynas Mokhtar

Dynas Mokhtar perlukan sedikit masa lagi


PELAKON Dynas Mokhtar mengakui dia memerlukan sedikit masa untuk mulakan kehidupan baharu selepas berkahwin pada April lalu.


Memetik laporan mStar Online, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata, hal itu kerana dia sudah terbiasa dengan kehidupan solo bersama anak-anaknya.


“Alhamdulillah hidup berkahwin sangat bagus! Jujurnya saya masih dalam proses membiasakan diri adanya seorang suami di rumah.


“Empat tahun bersendirian jadi saya sudah mula terbiasa dengan kehidupan solo bersama anak-anak.


“Apabila mempunyai suami, saya perlu sedikit masa untuk sesuaikan diri bagi menjalankan tugas sebagai seorang isteri,” katanya.


Begitu pun, aktres berusia 34 tahun ini senang hati apabila anak-anaknya dapat menerima kehadiran suaminya, iaitu Shazrik Din.


“Paling penting untuk saya apabila mengambil keputusan berkahwin semula adalah anak-anak terima dan Alhamdulillah mereka gembira,” jelasnya.


Terdahulu, Dynas pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Hafizi Mohamed pada 15 Mac 2008 sebelum bercerai pada 25 Februari 2014.


Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6 tahun.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]